VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 11/08/2005

Pelabuhan Klang, Kuala Selangor diisytihar darurat jerebu

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang berkuat kuasa serta merta.

Sehingga 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor mencecah 531, manakala di Pelabuhan Kelang berada pada tahap 529, paras yang diketegorikan sebagai "sangat membahayakan kesihatan".

Bagaimanapun, pada jam 5 petang, catatan IPU di Pelabuhan Klang telah turun kepada 486, manakala di Kuala Selangor adalah 527.

Dalam satu kenyataan, Abdullah yang juga Pengarah Gerakan Negara, berkata, status darurat jerebu di kedua-dua kawasan itu berkuat kuasa sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Beliau berkata, pengisytiharan itu tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada ada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan Selangor.

"Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengatur dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjamin keberterusan keamanan dan keselamatan," tegasnya.

Pengisytiharan itu mengulangi krisis jerebu di Sarawak yang pernah menjadi satu-satunya negeri diisytiharkan darurat jerebu pada 19 Sept 1997 apabila IPUnya mencatatkan angka melebihi 650.

Bersama-sama kenyataan Perdana Menteri itu dilampirkan garis panduan tindakan yang perlu diambil dalam menghadapi darurat jerebu.

Garis panduan yang dikeluarkan Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri itu adalah seperti berikut:

"Apabila keadaan darurat jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri hendaklah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

a) mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan atau swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.

Larangan penutupan ini dikuatkuasakan kecuali bagi:

i) kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya;

ii) klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat; dan

iii) perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

b) menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah;

c) menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian;

d) menentukan semua sekolah ditutup;

e) menentukan penyebaran maklumat indeks pencemaran kepada pihak media cetak dan elektronik dibuat seberapa kerap;

f) meminta pihak media menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh mereka;

g) Kementerian Penerangan hendaklah memastikan maklumat-maklumat di atas disiarkan secara berterusan;

h) menentukan penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan; dan

i) menentukan arahan darurat jerebu ini tidak melibatkan perisytiharan perintah berkurung (kecuali keadaan-keadaan tertentu di bawah mana-mana peruntukan undang-undang mewajarkannya).

Perdana Menteri menggesa semua pihak supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berpandukan garis panduan tersebut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.