VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 21/07/2005

Ditembak di dahi - Ketua platun rebah depan mata

``Zainuddin... lu tak mahu minum ka, gua sudah siapkan minuman Milo tu,'' itulah ayat terakhir keluar dari mulut Sarjan Lee Ah Chong sebelum beliau ditembak oleh pengganas komunis di Bidok, Sarawak. Lebih menyedihkan, kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Sarjan Mejar Mohd. Ali Adon walaupun sudah 34 tahun peristiwa hitam tersebut berlalu.

Setiap kali mengenang peristiwa itu, air mata beliau pasti mengalir seolah-olah tidak percaya ketua platunnya dalam program Jiwa Murni ditembak tepat di dahi dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, semangat Ketua Polis Balai Wangsa Maju itu berkobar-kobar untuk menghapuskan pengganas komunis yang menggelar diri mereka Kumpulan Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku).

Pada masa itu, Mohd. Ali menjelaskan sebanyak 11 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) kini dikenali Pasukan Gerakan Am (PGA) mengadakan program gotong-royong di kawasan Bidok bagi penempatan semula penduduk kampung yang lari dari pengganas komunis.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika Ah Chong sedang membuang air di kawasan semak berdekatan.

Menurutnya, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan tanpa berlengah beliau bergegas ke tempat kejadian.

``Kami mendapati ketua kami ditembak tepat di dahi dan gugur sebagai pejuang menyebabkan kami tercenggang.

``Saya sungguh meluat dengan tindakan pengganas malah bersemangat berkobar-kobar untuk menghapuskan mereka. Bagaimanapun kami diarah supaya tidak menjejaki kesan pengganas.

``Kami merasa kehilangan seorang ketua yang tegas, boleh bergurau dan diajak berbincang,'' katanya.

Mohd. Ali yang memulakan tugasnya dalam perkhidmatan polis pada 1969 berkata, semangat beliau sentiasa berkobar-kobar bila mengenang peristiwa tersebut selain melahirkan kesedihan apabila ramai anak-anak muda kini seolah-olah tidak menghargai pengorbanan pejuang terdahulu.

Dalam pada itu, semasa operasi selama lebih setahun di Sarawak, katanya, meredah paya sudah menjadi kelaziman malah keadaan tersebut tidak boleh dielak.

Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan polis, beliau telah menyertai beberapa operasi termasuk Ops Topo dan Paradon di Sarawak, bagaimanapun, beliau sering bertukar nyawa semasa operasi.

Malah beliau turut hilang arah dan sesat ketika menyertai operasi di kawasan Alfa, Thailand dalam usaha menjejaki saki-baki pengganas komunis. Semasa operasi itu, tiga platun telah bergerak mengikut perancangan tetapi platun beliau hilang arah dan tersasar dari kedudukan sebenar menyebabkan platunnya terpaksa berjalan kaki lebih satu jam.

Sebelum operasi, menurutnya, semua anggota platun diberi taklimat oleh Koperal Hussin supaya lebih berhati-hati apabila berjumpa beberapa tanda termasuk pokok bertam yang dicantas dan pangkal pokok balak dipotong.

Mohd. Ali menjelaskan tanda-tanda yang diberitahu telah muncul semasa operasi tersebut cuma nasib menyebelahi mereka apabila bertemu tempat persembunyian yang telah ditinggalkan. Katanya, kalau tidak, mereka pasti akan bertempur dengan pengganas komunis selain ramai boleh terkorban.

``Bagaimanapun, nasib kami baik apabila pengganas komunis sudah meninggalkan tempat itu dan cuma kesan-kesan peninggalan termasuk pakaian wanita, dapur dan pondok sahaja yang ada,'' ujarnya.

Bapa kepada enam cahaya mata dan seorang cucu itu menambah, di kem tersebut mereka menemui dua platun lain yang telah berpecah.

Selepas berhenti berehat, beliau berkata, ketiga-tiga platun tersebut meneruskan perjalanan pulang ke kem mereka.

Katanya, mereka akhir berjaya sampai ke kem dalam keadaan longlai dan lemah.

``Bayangkan hilang arah dan sesat beberapa jam berjalan kaki dengan beban hampir 20 kilogram beserta senjata api masing-masing,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.