VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 18/07/2005

Jururawat kerjaya mulia


Rosmah mansor beramah mesra dengan nurul hidayah marzuki semasa beliau melawat perpustakaan pada majlis sambutan hari jururawat di kolej kejururawatan dan kesihatan masterskil baru-baru ini.


Mukadimah

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.

Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.

Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan.

Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.

Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.

Wartawan Rosmah Dain mengupas kerjaya jururawat untuk makluman pembaca. Gambar dirakamkan Aswad Yahya.

Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga.

Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.

Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.

Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes'.

Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan para jururawat agar mempunyai ilmu pengetahuan dan teori yang baik, kemahiran bidang klinikal juga amat penting bagi mereka yang memilih bidang ini.

``Para jururawat perlu mengambil peluang untuk mempelajari dan mempraktikkan segala prosedur semasa latihan di hospital dan klinik dengan sebaiknya.

``Gunakan segala kemahiran dan pengalaman untuk membantu semua pesakit yang sangat memerlukannya. Satu lagi perkara ialah agar semua jururawat mengamalkan sifat `murah senyuman' semasa menjalankan tugas. Senyuman yang merupakan sedekah boleh menjadi ubat yang mujarab, kerana segala penderitaan dan kesakitan pesakit akan berkurangan apabila jururawat yang melayan mempunyai sifat-sifat mulia dan prihatin serta sentiasa memberikan senyuman yang manis dan ikhlas,'' katanya

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat 2005, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill (M) Sdn. Bhd. di Cheras baru-baru ini Rosmah turut menekankan kepentingan berkomunikasi dengan pesakit.

``Berikan mereka kata-kata perangsang agar mereka rasa dihargai, tenang dan tidak risau. Kepada semua jururawat pula saya ingin menyarankan agar anda tidak berhenti setakat diploma sahaja. Teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai kepuasan dalam bidang yang anda ceburi,'' katanya.

Dalam pada itu Rosmah berharap agar lebih ramai lelaki menyertai lapangan ini memandangkan bilangan penyertaan yang kurang daripada mereka.

Jururawat lelaki diperlukan untuk menguruskan kebanyakan pesakit lelaki dan berharap profesion ini akan menjadi pilihan lebih ramai remaja lelaki pada masa depan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.