VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 29/06/2005

Mentor - Semakin panas


CATT Ruffedge dan protegenya, FO'3 (kanan) tekun mendengar komen juri, Helen Yap dan Awie (kanan).Diperhatikan oleh Mentor, JFK.



TV3 sekali lagi memperlihatkan keupayaan bakat-bakat menyanyi peserta Mentor pada Ahad baru-baru ini. Lain daripada program realiti TV yang sedia ada, Mentor memberi peluang pesertanya yang dipanggil protege, berguru dengan artis popular yang dinamakan mentor.

Ahad lalu (19 Jun), Mentor memperlihatkan kehebatan bakat nyanyian antara Alynn (protege Hattan) dengan Pija (Zainal Abidin), Yanie (Ning Baizura) dan Biella (Noraniza Idris).

Dan Ahad baru-baru ini (26 Jun), keputusan diumumkan, Pija dan Yanie dipilih sebagai calon yang layak ke pusingan separuh akhir.

Kelegaan jelas terbayang pada wajah Pija dan Yanie.

Tapi pada hari yang sama, debaran menyelubungi Dewi (protege Liza Hanim), Nabil (Nora), Fahmi (Siti Nurhaliza) dan FO'3 (Catt Ruffedge). Hari itu, bakat keempat-empat protege itu dipertandingkan. Dua di antaranya akan dipilih untuk ke peringkat separuh akhir dan keputusannya hanya akan diumumkan pada Ahad (3 Julai) akan datang.

Pada pertandingan di Alam Sentral, Shah Alam itu, Dewi bertemu Nabil bagi kategori kumpulan A.

Sementara Fahmi yang mendendangkan lagu Dia Datang dan Fatimah bertarung dengan kumpulan FO'3 bagi kategori kumpulan B.

Berdasar kepada keputusan juri jemputan malam itu iaitu Helen Yap dan Awie, Dewi mendapat 19 peratus, Nabil (17 peratus), FO3' (19 peratus) dan Fahmi (22 peratus).

Keputusan juri itu akan digabungkan dengan pilihan penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang diberi hak sebanyak 70 peratus.

Melihat kepada carta peratusan sebelum ini, mana-mana peserta yang mendapat markah tinggi daripada juri profesional dan sering mendapat peratusan tinggi daripada penonton sudah mampu menarik nafas lega.

Antara Dewi dan Nabil, sebelum ini Dewi sering mendapat peratusan tinggi berbanding Nabil.

Sementara keputusan untuk Fahmi dan FO'3 pula tidak konsisten. Ada ketika merosot tetapi kemudian melonjak pada minggu berikutnya.

Apa pun pada pertandingan nyanyian yang membabitkan kuasa pemilihan penonton, segala kemungkinan boleh berlaku.

Jangan terkejut kalau yang corot boleh menjadi juara. Itulah hakikat program realiti TV kerana penonton menilai peserta berdasarkan kesukaan mereka dan bukan kebolehan peserta.

Yang tewas

Biella - Protege Noraniza Idris

``Buat sementara ini saya akan tumpukan perhatian pada pelajaran. Saya akan mendaftar sebagai pelajar Diploma Seni Muzik di UiTM, Shah Alam pada 3 Julai ini.''

Alynn - protege Hattan

``Alynn akan teruskan kerjaya sebagai penyanyi separuh masa dengan Yayasan Warisan Johor. Sejak awal lagi Alynn sudah dapat agak kedudukan Alynn jadi Alynn memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.''

Apa kata mentor

Siti Nurhaliza - mentor Fahmi

``Undian untuk Fahmi tidak konsisten. Kadang-kadang meningkat. Tetapi ada masanya turun. Pada Siti itu adalah lumrah pertandingan. Maka tidak betullah kalau orang kata mereka undi Fahmi kerana Siti. Penonton tahu menilai sendiri.''

Liza Hanim - mentor Dewi

``Dewi nampak tidak selesa waktu buat persembahan minggu ini. Selalu saya berpesan pada Dewi buat yang terbaik dan sebagai mentor saya lihat dia ada peningkatan. Saya reda dengan segala keputusan. Lagipun Dewi masih muda dan banyak perkara yang boleh dia pelajari.'',

Nora - mentor Nabil

``Nabil ada potensi dan dia pun masih muda. Jadi berilah peluang kepadanya untuk menunjukkan bakatnya. Saya selalu kata padanya buatlah yang terbaik, kalau menang belakang kira kerana ini program realiti. Segala keputusan boleh mengejutkan.''

Catt Ruffedge - mentor FO'3

``Tidak dinafikan Nana memang ada masalah pitching masa persembahan tadi tapi itu perkara biasa kerana penyanyi pun ada masalah begitu. Saya yakin dia dapat atasi masalah itu dengan sokongan rakannya yang lain E-One dan Little Ze. Saya yakin mereka ada peluang dan boleh menjadi artis pelapis.''

* Menurut penerbit rancangan, Sufian Isa, Mentor pada 3 Julai akan diadakan di TV3 dan tidak di Alam Sentral, Shah Alam seperti sebelum ini. Pada minggu itu akan diumumkan dua lagi peserta yang layak ke pusingan separuh akhir.

``Yanie dan Pija akan diundang buat persembahan pada minggu itu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.