HIBURAN

ARKIB : 10/04/2005
Uji Rashid bangga dengan Misha

Uji Rashid bangga dengan Misha

Meremang bulu roma kami bila melihat kemunculan Misha Omar menyanyikan semula lagu-lagu Uji Rashid dalam majlis di Genting baru-baru ini.

Misha berjaya membawakan lagu-lagu Uji secara medley mengikut acuan dan gaya lenggok suaranya yang tersendiri. Gaya penyanyi moden yang tidak meniru mana-mana penyanyi, termasuklah penyanyi asalnya itu.

Bila ada yang tulis kononnya Uji Rashid sampai tutup muka sebab tak suka persembahan Misha adalah dusta semata-mata. Penulis itu sekadar ``membaca'' reaksi Uji dari jauh, lepas tu tulis. Salah tu dik.

``Saya sedih bukan sebab tak suka dengan persembahan Misha. Saya tutup muka, tutup telinga sebab masa itu saya tidak dapat menahan sebak.

``Sebagai penyanyi yang tidak pernah mendapat perhatian syarikat rakaman dan syarikat filem, sudah tentu saya terharu bila dihargai macam itu.

``Tidak benar kalau kata saya menangis sebab tak sanggup melihat Misha `menghancurkan' lagu-lagu saya, tolong betulkan kenyataan itu ya,'' kata Uji yang menerima anugerah khas di majlis berkenaan.

Menurut penyanyi wanita paling hebat dalam direktori hiburan tahun 70-an dan 80-an ini, dia terlalu menghargai usaha yang dilakukan oleh Misha, antara penyanyi angkatan baru yang diminatinya.

``Saya menyanyikan lagu-lagu itu selama lebih 30 tahun. Tetapi Misha melakukan apa yang saya buat hanya dalam masa 10 minit sahaja dengan baik. Ia sesuatu yang menakjubkan,'' kata Uji memuji vokal dan penampilan Misha yang cukup matang malam berkenaan.

Gara-gara teruja dengan persembahan itu, Uji hampir naik ke pentas kerana mahu memeluk bintang muda berkenaan yang berjaya melangsaikan tugasnya dengan baik menyanyikan 10 lagu popularnya.

``Tetapi Kak Uji fikir Kak Uji tak mahu ganggu majlis orang buat benda-benda tak dirancang macam itu. Lagipun Kak Uji bukan pelawak, sebab itu Kak Uji tak jadi naik pentas untuk beri semangat kepada Misha masa dia menyanyi,'' katanya.

Kepada Misha, Uji sempat menitipkan pesanan.

``Kak Uji harap Misha tidak percaya kepada kata-kata yang seolah-olah mahu melaga-lagakan itu.

``Kak Uji tak anggap Misha merosakkan lagu Kak Uji sebaliknya Misha sudah buat yang terbaik.

``Terima kasih,'' katanya dengan nada cukup terharu.

Demikianlah Uji Rashid yang penuh dengan keikhlasan dan menghargai kemunculan bintang-bintang baru di arena seni suara.

IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:15
Asar 4:19
Maghrib 7:18
Isyak 8:28
 
IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
Utusan Online on Facebook