VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 28/03/2005

80,000 siswazah menganggur tidak benar - Mustapa

KOTA BHARU 27 Mac - Kadar pengangguran di kalangan siswazah adalah kecil iaitu sekitar lima peratus atau 18,070 daripada 350,000 penganggur yang direkodkan bagi tempoh suku keempat tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu kata beliau, terdapat salah faham dalam dakwaan sebelum ini bahawa terdapat 80,000 siswazah yang menganggur di seluruh negara.

Malah katanya, masalah pengangguran di Malaysia adalah yang terendah di dunia termasuk jika dibandingkan dengan negara maju iaitu hanya 3.3 peratus direkodkan pada suku keempat 2004.

``Jerman misalnya kadar penganggurannya kira-kira 12 peratus, Perancis (9 peratus), Amerika Syarikat (5.5 peratus) dan Jepun antara 4 hingga 5 peratus,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Tenaga Manusia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Omi Kelsom Elias dan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kelantan, Abd. Malek Ibrahim.

Kenyataan Mustapa itu adalah untuk memperbetulkan salah faham di kalangan masyarakat bahawa pengangguran di kalangan siswazah di negara ini adalah membimbangkan berikutan laporan sebelum ini menyebutnya sebagai sekitar 80,000 orang.

Sebelum ini Mustapa mendedahkan seramai 80,000 graduan didapati menganggur sehingga September lepas.

Menurut beliau, antara punca masalah itu ialah keengganan para graduan untuk mengubah sikap mereka yang hanya inginkan pekerjaan setaraf dengan ijazah masing-masing.

Bagaimanapun hari ini beliau menjelaskan, jumlah pengangguran di kalangan siswazah di negara ini secara purata menunjukkan penurunan dengan kadar yang dicatat pada suku keempat 2004 itu juga jauh lebih kecil berbanding 23,710 orang siswazah menganggur yang direkodkan pada suku ketiga tahun yang sama.

Katanya, perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bilangan penganggur di negara ini bagi suku keempat tahun lalu berjumlah 350,000, atau 3.3 peratus daripada 10.5 juta tenaga buruh - menurun satu peratus berbanding 3.4 pada suku ketiga tahun yang sama.

``Bagi suku keempat tahun 2004, jumlah pengangguran di kalangan yang berpendidikan adalah dianggar 65,900 orang berbanding 78,790 pada suku ketiga 2004.

``Daripada jumlah tersebut, 10,000 atau 15.2 peratus adalah berkelulusan pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 37,820 (57.4 peratus) adalah pemegang diploma dan 18,070 orang (27.4 peratus) lepasan ijazah,'' katanya.

Mustapa sebaliknya berkata, pengangguran tertinggi adalah melibatkan golongan yang berpendapatan menengah dan rendah serta tidak mempunyai kemahiran.

Bagaimanapun katanya, kerajaan sentiasa memandang serius isu pengangguran di negara ini dan beberapa kementerian termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang merangka strategi bagi mengatasinya.

Mengulas lanjut isu pengangguran di kalangan siswazah, Mustapa berkata, ia antara lain berpunca daripada ketidaksepadanan antara keluaran institusi latihan dan pendidikan dengan keperluan industri.

``Selain itu, walaupun pertumbuhan ekonomi semasa adalah tinggi tetapi ia tidak setinggi berbanding dengan pertumbuhan yang dicapai pada tahun 1990-an. Dengan itu, pewujudan peluang pekerjaan kurang memberangsangkan berbanding beberapa tahun lepas,'' jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, fenomena siswazah bekerja tidak setanding dengan kelulusan mereka merupakan sesuatu yang wajar dan baik bagi membolehkan mereka menimba pengalaman yang sesuai sebelum beroleh jawatan yang lebih tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.