Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 18/03/2005
Pratheep pohon visa ke England

Pratheep pohon visa ke England

BANGKOK 17 Mac - Lelaki Thailand yang berjaya menawan hati seorang gadis Britain selepas menyelamatkan nyawanya sewaktu bencana tsunami Disember lalu berkata, dia akan memohon visa untuk membolehkannya melawat kekasihnya itu di England.

Pratheep Janthamanee, 33, yang bekerja sebagai pemandu pelancong memberitahu bahawa dia sangat menyayangi Naomi Bowman dan merancang membawa gadis itu pulang untuk menetap di Thailand.

Katanya, dia dan Bowman, 21, akan memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri di pulau Phi Phi.

``Kami saling menyayangi dan berhasrat untuk tinggal di pulau itu serta membuka sebuah restoran atau kelab malam di sana,'' jelasnya.

Menurut Pratheep sikap Bowman yang merendah diri selain baik hati serta cantik telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama terhadap gadis itu.

Bowman yang bakal menamatkan pengajian di Universiti Oxford pada musim panas ini berkata, dia sanggup meninggalkan peluang kerjaya di London selepas tamat pengajian kerana tidak mahu berjauhan dari Pratheep.

Katanya, lelaki itu banyak berkorban dengan menjaganya sewaktu dia dirawat di hospital selepas cedera ketika bencana tsunami tersebut. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN