VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/03/2005

Pensyarah buat laporan BPR dakwa penyelewengan kakitangan UTM

JOHOR BAHRU 7 Mac - Seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin hari ini membuat laporan di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini mendakwa terdapat 128 kes penyelewengan membabitkan kakitangan universiti itu.

Turut dinamakan dalam laporan oleh pensyarah dari Jabatan Matematik UTM itu ialah seorang pegawai akademik kanan universiti itu.

Abdul Hamid ketika ditemui di pejabat BPR tengah hari ini mendakwa, beliau turut menyerahkan dokumen rahsia UTM yang perlu disiasat secara terperinci oleh badan itu.

``Saya telah menemui Timbalan Pengarah BPR, Wong Chee Kong pada pukul 10.30 pagi untuk mengemukakan laporan salah laku orang tertentu di dalam UTM termasuk Naib Canselor,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu selama tiga jam di sini.

Katanya, beliau yakin pihak BPR akan membuat siasatan sewajarnya ke atas aduan yang telah dikemukakannya itu.

Sabtu lalu, pensyarah berkenaan telah membuat laporan polis terhadap Naib Canselor universiti tersebut kerana didakwa memfitnahnya berhubung penjualan maklumat Penyediaan Sistem Maklumat Markah (MKK) Fakulti Sains UTM.

Abdul Hamid sebelum in telah menerima satu surat tunjuk sebab dari UTM yang memintanya memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar peraturan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 berhubung penjualan sistem maklumat UTM kepada pihak luar.

``Saya terpaksa membuat laporan kepada BPR untuk mendedahkan beberapa salah laku yang berlaku di dalam kampus UTM memandangkan tiada seorang pun yang berani tampil untuk mendedahkannya.

``Di sini saya memohon kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh menubuhkan satu panel siasatan khas yang dilantik oleh Menteri sendiri supaya menyiasat apa yang berlaku di UTM.

``Mengenai dakwaan ke atas saya yang dikemukakan melalui surat tunjuk sebab oleh Pendaftar UTM, Wan Zawawi Wan Abd. Rahman bagi pihak Naib Canselor pada 3 Mac lalu, saya akan hanya menjawabnya dakwaan yang dibuat kepada panel yang dilantik oleh Menteri,'' tegasnya.

Sementara itu, Chee Kong ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat daripada pensyarah tersebut.

``Dia ada bercakap kepada saya dan saya terima segala apa yang dikemukakannya. Jika ada asas dalam apa yang dilaporkan kepada kami, pihak BPR akan berikan perhatian,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.