VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 02/03/2005

Rekrut baru tentera darat jalani latihan enam bulan

SEREMBAN 1 Mac - Tempoh latihan rekrut tentera darat selama empat bulan akan dilanjutkan kepada enam bulan bermula pengambilan terbaru, April ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal berkata, langkah itu bertujuan membentuk anggota tentera serba boleh serta memiliki ketahanan mental dan fizikal yang kuat.

Beliau berkata, untuk membentuk sesebuah organisasi mantap, tentera darat perlu dianggotai oleh kelompok manusia yang berketerampilan dan cekap serta mampu melaksanakan pelbagai tugas berkesan.

Menurutnya, anggota tentera darat mestilah terdiri daripada golongan berwawasan dan berilmu yang sentiasa meletakkan keperluan perkhidmatan melebihi keperluan peribadi.

``Justeru, kita telah merangka pelbagai pendekatan terutama melibatkan pembangunan sumber manusia.

"Sebagai langkah awal, latihan asas rekrut akan dilaksanakan kembali selama enam bulan.

``Saya merasakan tempoh empat bulan tidak mencukupi bagi membentuk seorang anggota tentera berkualiti serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian selepas merasmikan perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-72 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini hari ini.

Perbarisan yang disertai 29 pegawai dan 869 anggota dari pelbagai cawangan itu agak berlainan daripada tahun sebelumnya kerana semua anggota memakai pakaian serta peralatan tempur.

Ia bagi menunjukkan siap siaga anggota tentera untuk mempertahankan tanah air.

Selain itu seramai 20 anggota tentera dan orang awam menerima sijil kepujian di atas perkhidmatan cemerlang diberikan.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula kurikulum kursus pada pengambilan akan datang.

"Saya berkehendakkan tentera darat menjadi lebih selektif dan hanya mereka yang berkualiti dan berwibawa sahaja diterima sebagai warga tentera.

"Pada masa yang sama, latihan rekrut dan pegawai akan diperkemaskan manakala kurikulum kursus juga perlu dikaji agar ia bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi cabaran sepanjang abad ke-21," katanya.

Menurutnya, fokus tentera darat bagi tahun 2005 ialah memberi perhatian pembangunan yang telah dirancang agar selaras dengan strategi pertahanan di darat.

Abdul Aziz berkata, pada tahun ini tentera darat akan menerima aset-aset seperti helikopter pemerhati ringan, sistem pertahanan udara, jambatan taktikal, perlatan peperangan nuklear, biologi dan kimia.

"Peralatan-peralatan ini sudah mencukupi untuk peperangan jarak dekat, selepas ini melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kita berharap mendapat peruntukan bagi memperkemaskan senjata jarak sederhana," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.