VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/03/2005

JAIP buka laman web remaja, duda, janda cari jodoh

IPOH 28 Feb. - Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan membuka laman web khas bagi membantu remaja, duda dan janda Islam mencari jodoh pasangan kahwin mulai Jun depan.

Pengarahnya, Zainal Abidin Omar berkata, kajian JAIP mendapati masih ramai di kalangan golongan sasar itu terutama wanita yang belum berkahwin kerana tidak mempunyai pasangan yang sepadan.

Beliau berkata, sesetengahnya sukar mendapat jodoh kerana kurang membabitkan diri dalam kegiatan sosial.

Menurutnya, Islam memandang tinggi institusi keluarga kerana ia boleh melahirkan masyarakat penyayang yang harmoni, mencegah berlakunya maksiat dan mengembangkan zuriat muslim sejati.

``Sehubungan itu JAIP menggalakkan remaja, duda dan janda berkahwin bila sampai masanya supaya mereka boleh bergaul dengan pasangan masing-masing secara sah.

``Institusi keluarga juga mampu mewujudkan rasa kasih-sayang, semangat tolong-menolong dan penerusan zuriat secara sah di kalangan umat Islam,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, remaja, duda dan janda yang masih belum mempunyai pasangan boleh menggunakan laman web khas JAIP untuk memasukkan butir-butir tertentu termasuk gambar masing-masing dalam ruangan khas disediakan.

Menurutnya, butir-butir yang perlu dimasukkan ialah nama, usia, pekerjaan sendiri dan kriteria pasangan yang difikirkan sesuai.

Beliau berkata, mereka yang memperoleh pasangan secocok melalui ruangan ini boleh menghubungi JAIP atau Kadi Daerah untuk mengatur pertemuan dan cadangan bernikah.

Katanya, JAIP akan mendapatkan pakar perunding laman web untuk menyediakan kemudahan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.