VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 16/02/2005

Biometrik - Alternatif kepada kunci keselamatan data


SISTEM biometrik bukan lagi merupakan satu sistem yang baru bagi industri teknologi yang mana ia telah diterima pakai di pelbagai negara dalam menuju era teknologi siber.

Beberapa tahun dahulu, undang-undang telah menggunakan sistem biometrik sebagai satu pengenalan diri tetapi sekarang undang-undang telah berubah dari segi penggunaannya yang menekankan kepada penyelesaian masalah jenayah dan salah laku individu.

Ini kerana sistem biometrik cap jari dapat membezakan seorang individu itu daripada individu lain. Sistem ini banyak memberi kebaikan kepada semua organisasi awam dan swasta.

Sistem ini digunakan untuk dua tujuan iaitu sebagai pengenalan dan pembuktian.

Ini digunakan apabila berlaku suatu jenayah dan ia membantu pihak polis untuk mengenal pasti individu yang terlibat berdasarkan cap jari yang ada.

Ini kerana tiada manusia yang mempunyai cap jari yang sama di dunia ini. Tambahan pula, sistem biometrik cap jari ini menggunakan sepenuhnya maklumat teknologi yang mana sesuatu cap jari yang dikaji hanya perlu dibaca melalui kamera video dan terus dimasukkan ke dalam komputer yang terus memberikan maklumat mengenai cap jari tersebut.

Secara tidak langsung, ia memudahkan dan menjimatkan masa penyiasatan dilakukan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk pengenalan diri seperti penggunaan nombor rahsia untuk mesin ATM dan semua keperluan yang memerlukan ciri-ciri keselamatan yang ketat.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan sistem biometrik dalam pas lawatan kerja dalam usaha mencegah kemasukan secara haram pekerja asing ke negara ini.

Manakala, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah menggunakan sistem biometrik dalam membuat MyKad.

Jenis-jenis sistem

Terdapat beberapa organ manusia yang boleh digunakan untuk diaplikasikan melalui sistem biometrik.

Antaranya ialah:-

a. Cap jari

Cap jari antara individu adalah berlainan dan berbeza. Ini kerana pihak undang-undang telah mendapati bahawa cap jari adalah suatu pengenalan diri yang unik.

Corak dan garisan halus yang terdapat pada jari merupakan maklumat mengenai diri seseorang individu yang boleh dikenalpasti.

b. Mata

Mata juga mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mana di dalam sistem biometrik, ia menekan kepada maklumat yang terdapat pada bentuk atau corak urat mata dalam retina.

Sistem ini merupakan sistem yang pertama diperkenalkan yang mana ia memerlukan cahaya yang dipancar secara dekat ke dalam mata untuk mengenal pasti corak retina. Ia merupakan sistem keselamatan yang betul-betul terjamin.

c. Tangan

Sistem biometrik juga menggunakan ciri tangan yang berbeza secara tiga dimensi termasuk panjang, luas ketebalan corak jari, urat dan ciri-ciri lain.

Sistem ini biasanya digunakan sebagai kawalan untuk memasuki sesebuah bangunan yang mana seseorang itu perlu meletakkan tangannya ke atas alat yang disediakan untuk diperiksa dan dinilai oleh video kamera.

Kemudian ia akan ditafsirkan kepada imej tangan tersebut dengan imej tangan yang telah direkodkan dalam komputer.

d. Muka

Muka juga boleh digunakan dalam tujuan pengenalan dan keselamatan yang mana video kamera akan meneliti muka dan ciri-ciri lain yang terdapat di muka dan membuat perbandingan dengan imej muka yang pernah direkodkan di dalam komputer.

Sistem akan mengenal pasti muka seseorang secara automatik apabila kamera video dihalakan ke muka seseorang.

Bentuk kepala seseorang individu seseorang turut diambil kira dan ia sesuai diaplikasikan dalam keadaan gelap yang mana muka seseorang tidak dapat dilihat.

e. Suara

Pengenalan individu melalui suara adalah agak terhad. Ini adalah kerana individu tersebut perlu merekodkan suaranya terlebih dahulu di dalam sistem dan sistem pula perlu mengenalpasti identiti individu tersebut.

Individu hanya perlu menyebut satu perkataan sahaja untuk dikenalpasti dalam sistem sedia ada.

Penilaian suara dan penilaian ucapan adalah berbeza kerana dalam penilaian ucapan, komputer cuba memahami maksud ucapan yang diberikan.

Aplikasi sistem biometrik telah lama bertapak di luar negara dan ia masih baru di Malaysia.

Bagaimanapun aplikasi sistem biometrik ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang antaranya:

* Pusat Pemulihan

* Kawalan Sempadan

* Pengenalan jenayah

* Pemeriksaan latar belakang jenayah

* Pengenalan bergambar

* Lesen memandu

Bagi kegunaan pihak kerajaan, sistem biometrik ini boleh mengurangkan peluang untuk menipu bagi tujuan kebajikan serta meningkatkan tahap keselamatan orang yang menerima bantuan kebajikan secara elektronik.

Bagi kegunaan syarikat kad kredit, biometrik boleh menghapuskan penipuan. Biometrik juga boleh memberikan keselamatan kepada komputer dan Internet dengan cara mengawal capaian kepada data yang sensitif serta menjadikan pemindahan kewangan melalui Internet lebih selamat.

Sebagai kesimpulan, sistem biometrik ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk.

Bagaimanapun, sebaran penggunaannya dalam sektor kerajaan atau arena komersial adalah bergantung kepada beberapa faktor.

Pertimbangan jangka pendek mungkin meliputi kos dan ketepatan oleh pelbagai sistem yang terdapat dalam pasaran.

Dalam jangkamasa panjang, apa yang lebih penting adalah sesebuah agensi perlulah mengkaji mengenai isu undang-undang serta kepentingan persendirian yang berkaitan dengan Biometriks.

- MOHD HELMY ABD WAHAB ialah Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Komputer, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.