VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/01/2005

Taska, Tadika - Masih jadi pilihan ibu bapa


Zaleha bersama sebahagian kanak-kanak di taska milik beliau, di Taman Keramat, Kuala Lumpur.



BIARPUN musim persekolahan telah dua minggu bermula, masih ada ibu bapa yang sibuk menguruskan persiapan sekolah anak yang belum selesai.

Bagi mereka yang menghantar anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak (Taska) atau Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), apa yang berada di fikiran adalah memastikan pusat jagaan yang dipilih mampu menjaga dan melindungi anak-anak mereka.

Keperluan kewangan yang semakin membebankan menyebabkan kebanyakan ibu bapa yang bekerja meninggalkan anak-anak mereka untuk diasuh sama ada oleh pembantu rumah, Tadika, atau Taska, jiran, saudara mara dan sebagainya.

Bagi ibu bapa, walaupun pihak Taska dan Tadika mengenakan suatu caj tertentu untuk perkhidmatan mereka, namun itu masih dirasakan berbaloi.

Pengusaha Taska Ilham Bestari, Noor Azah Adnan, 43, berkata, ibu bapa lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke tempat asuhan atau taska bagi memastikan kebajikan anak-anak mereka terjaga di samping mendapat pembelajaran sepatutnya.

Noor Azah mempunyai Taska yang terletak di No. 4, Jalan Pandan Indah, 1/8, Kuala Lumpur kini memiliki lima buah cawangan termasuk taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan sebuah cawangan lagi diusahakan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut Noor Azah kini kanak-kanak di bawah jagaannya berjumlah 300 orang dengan lebih 22 orang pekerja. Noor Azah sendiri mempunyai 12 tahun pengalaman mengusahakan taska.

Kepercayaan

Beliau berkata, ramai ibu bapa percaya dengan kebolehan pihak taska menjaga dan mendidik anak-anak mereka semasa ditinggalkan di situ.

``Ada juga ibu bapa yang hantar anak-anak ke taska kerana mereka tiada pembantu rumah, namun ramai yang menitik beratkan pembelajaran anak-anak.

``Di taska ini sendiri contohnya, kami akan memberikan pendidikan asas untuk bayi berusia dua hingga empat tahun seperti mewarna, melukis, asas agama dan sebagainya, manakala bayi yang berusia dua bulan ke atas akan diberikan penjagaan yang sempurna,'' katanya.

Malah beliau menambah, pihak taska yang berdaftar seperti taska asuhannya mempunyai lesen pendaftaran yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menitikberatkan penjagaan, kebersihan, pemakanan yang seimbang dan bersih, penjagaan kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

``Di taska ini, kami memastikan hanya yang terbaik diberikan kepada anak-anak yang dihantar ke sini dan dengan itu ibu bapa tidak perlu bimbang atas kebajikan anak-anak mereka,'' katanya.

Dalam pada itu seorang lagi pengusaha taska, Zaleha Najmuddin, 43, menyifatkan ibu bapa yang bekerja lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke taska supaya anak-anak tersebut mendapat pendedahan pergaulan dan pembelajaran.

Menurutnya, anak-anak yang telah didedahkan dengan pergaulan lebih berkeyakinan, berdikari dan berani.

Beliau yang mempunyai pengalaman sepuluh tahun mengusahakan Taska Afif yang terletak di No. 70, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur, kini mempunyai sebuah cawangan lagi di Cheras, Kuala Lumpur.

``Saya ingin menasihatkan kepada ibu bapa bekerja agar menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar supaya keselamatan anak-anak mereka terjamin.

``Di taska yang berdaftar, semua penjagaan anak-anak tersedia termasuk kebajikan, kesihatan, pemakanan dan pembela-

jaran asas,'' katanya yang mengakui masih ramai pengusaha taska tidak mendaftarkan taska mereka.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska berharap anak-anak tersebut akan diberi pembelajaran dan bimbingan sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau sendiri menggalakkan pihak-pihak kerajaan, swasta dan sektor perkilangan agar membuka taska di premis mereka bagi memudahkan ibu-ibu yang bekerja menyusu dan berada berdekatan dengan anak-anak mereka.

``Walaupun persaingan taska adalah besar tetapi saya percaya dengan perkhidmatan terbaik yang pihak kami berikan serta kualiti taska yang bermutu dapat menarik minat ibu bapa yang percaya dengan mutu perkhidmatan taska milik saya,'' katanya yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Pengasuh Pendaftar Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.