VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 05/12/2004

Perlis ibarat di kayangan

PENJAGA gol Kedah, Megat Amir Faizal cuba mengejar bola yang terlepas daripada tangkapannya hasil lontaran ke dalam pemain Perlis, Adrien Jurad Chamrong pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. Megat Amir gagal dan bola melantun ke dalam gawang untuk menjadi jaringan kemenangan Perlis, dengan keputusan 1-0. - Gambar NAZUDEEN MAHMUD.


TANGISAN air mata mengiringi penantian selama 83 tahun akhirnya terlerai buat Perlis mencipta sejarah apabila menjulang Piala Malaysia buat pertama kali selepas menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Sejurus pengadil perlawanan, Mat Lazim Awang Hamat meniupkan wisel penamat, pemain Perlis berpelukan sesama sendiri malah ada yang menitiskan air mata diceriakan dengan pekik sorak penyokong setia biru kuning.

Di bangku simpanan pula kelihatan jurulatihnya, Norizan Bakar serta pemain dan penolongnya melompat-lompat kegembiraan serta berpelukan sesama sendiri menyambut kemenangan paling memahat sejarah bola sepak Perlis.

Letupan mercun bertalu-talu bergema di setiap pelusuk stadium Nasional Bukit Jalil turut mengiringi sejarah yang tercipta buat Perlis mengotakan janji untuk mendakap gelaran juara Piala Malaysia musim ini.

Buat Kedah juara dua kali Piala Malaysia pada 1990 dan 1993 tidak mampu menahan sebak menerima kekalahan tersebut apabila pemain yang memakai jersi Hijau Kuning terbaring di padang ada juga pemain yang tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata kerana terpaksa tunduk kepada jirannya Perlis.

Kemenangan paling manis buat Perlis itu sekali gus meletakkan pasukan yang mendapat jolokan Singa Utara memahatkan nama sebagai pasukan ke-13 menjulang piala berprestij sejak mula dipertandingkan pada 1921.

Perlis seharusnya berterima kasih kepada ketua pasukan Kedah, Megat Amir Faisal yang merealitikan impian skuad biru kuning di hadapan 70,000 penonton memenuhi setiap ruang di stadium sejak pukul 7 malam.

Jika tidak kesilapan yang tidak disengajakan oleh Megat Amir ketika cuba menyelamatkan keadaan dia menepis bola yang masuk ke gol sendiri hasil lontaran ke dalam yang dilakukan oleh pertahanan Perlis, Adrien Jurad Chamrong seawal minit ketujuh, pastinya impian mereka tidak menjadi kenyataan.

Skuad Singa Utara yang pada mulanya tampak tertekan sebaliknya mengejutkan Kedah dengan gol pendahuluan seawal minit ketujuh gara-gara kesilapan penjaga golnya yang juga ketua pasukan, Megat Amir Faisal yang disambut sorakan bergemuruh penyokong biru kuning menggegar stadium.

Megat yang tidak dicabar ketika itu cuba menolak bola keluar hasil lontaran ke dalam pemain Perlis, Adrian Jurad Chamrong tetapi bola yang ditepisnya bergolek masuk melepasi garisan gol untuk Singa Utara mendahului 1-0.

Gol tersebut yang menyentak semangat juang skuad Kenari yang cuba bangkit mengatur gerakan mencari gol penyamaan menerusi gandingan Hasmawi Hassan dan Marcos Magno.

Peluang terbaik skuad Kenari hadir pada minit ke-18 tetapi tandukan penyerangnya, Hasmawi tersasar jauh walaupun ketika itu dia hanya berdepan dengan penjaga gol Perlis, Amran Omar.

KEDAH: Megat Amir Faisal, A. Victor, Muhd. Khairul Ismail, Ooi Hoe Guan, Cornelius Bernard Hugging, Mohd. Fauzi Nan, Shariman Che Omar, Mohd. Rafdi Rashid, Cristiano Selbach Hasmawi Hassan.

PERLIS: Mohd. Amran Omar, Mohd. Faizal Mohd. Esahar, Mohd. Khairil Zainuddin, Adrien Jurad Chamrong, Joao Bandoch, Mohd. Nazaruddin Mohd. Zain, Muhammad Kaironnisam, Yusri Che Lah, Philimon Chipeta, Lamin Conteh, Tengku Hazman Raja Hassan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.