VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/11/2004

Baulu Siti Rohani - Popular di Sri Manjong

Sebaik melangkah masuk ke rumah kedai tingkat bawah yang terletak di Sri Manjong, Perak, harum aroma kuih baulu menusuk lembut ke dalam hidung.

Sinonim dengan rasanya kerana menggemarinya sejak kecil menyebabkan ramai yang turut mencari baulu di luar musim Hari Raya.

Bahulu dan Hari Raya seakan ada kaitannya kerana sajian kuih-muih kepada tetamu tidak lengkap tanpa baulu, khasnya di kalangan `orang lama'.

Keenakan bahulu yang lembut dan enak menjadi tarikan bukan sahaja di kalangan orang dewasa malah anak-anak kecil turut menggemarinya.

Melangkah ke dapur, kelihatan dua orang pekerja Siti Rohani Hanafiah, 46, sedang tekun memasukkan adunan ke dalam acuan dan membakarnya.

Terdapat sembilan biji ketuhar untuk membakar dan di dapur kedengaran mesin memutar telur dan gula galak berbunyi.

Siti Rohani atau mesra dengan panggilan kak Ani sudah terkenal di kalangan masyarakat sekitar Sri Manjung dan Sitiawan sebagai pembuat bahulu yang enak.

Kepakaran mencampur adunan telur, tepung dan gula menyebabkan beliau berjaya mengekalkan rasa dan mutu bahulu yang dihasilkan.

Justeru bahulu `hasil tangannya' mendapat perhatian ramai dan sering kehabisan di kedai-kedai yang menerima bekalan daripada Siti Rohani.

Katanya, umpama makanan ringan yang lain, ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak menggemari makanan tradisi hasil buatan tempatan yang lebih selamat kerana tidak terdapat campuran kimia atau bahan pengawet di dalamnya.

Siti Rohani memberitahu, beliau turut membuat bahulu pada hari-hari biasa memandangkan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas permintaan terhadap bahulunya meningkat berlipat ganda menjelang Aidilfitri.

``Biasanya 10 hari sebelum Hari Raya, kak Ani akan melipat gandakan usaha dengan menambah bahan mentah, meningkatkan keupayaan ketuhar pembakar dan tenaga kerja bagi memenuhi permintaan.

``Seperti tahun lepas, kak Ani menggunakan lebih 40,000 biji telur dengan purata 5,000 biji sehari. Tenaga kerja juga ditambah dengan mengupah jiran-jiran dan sahabat yang biasa bekerja dengan kak Ani,'' katanya.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam pembuatan kuih bahulu, wanita berasal dari Alor Star, Kedah ini, bersyukur kerana usahanya selama ini membuahkan hasil yang baik.

``Sejak memulakan kerja-kerja membuat bahulu lebih kurang lapan tahun lalu, banyak perbezaan terutama dari segi pendapatan dan taraf hidup.

``Syukur, usaha kak Ani nampaknya berjaya dan membuktikan selagi ada usaha dan kemahuan, kita boleh berjaya di mana-mana, baik di bandar mahupun di kampung,'' ujarnya.

Kesanggupannya meredah panas dan hujan dengan hanya berbasikal untuk menghantar baulu ke kedai-kedai runcit di sekitar Sri Manjong antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

Berkat kesabaran dan ketekunannya, Rohani mengaku kini kehidupannya lebih selesa dan mampu membeli kereta untuk kegunaannya setiap hari.

``Jauh bezanya dengan kehidupan lapan tahun lalu ketika saya berbasikal ke sana ke mari untuk memasarkan bahulu. Singgah satu kedai ke sebuah kedai yang lain untuk memperkenalkan baulu sebagai makanan di luar musim perayaan.

``Sambutan baik dan tempahan yang diterima daripada pengusaha kedai runcit, kawan-kawan yang mahu mengadakan kenduri kendara serta jamuan-jamuan ringan mendorong kak Ani untuk meneruskan usaha ini,'' katanya.

Apa yang lebih membanggakan, baulu Siti Rohani bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melayu tetapi turut ditempah oleh masyarakat India dan Cina untuk meraikan tetamu di hari Deepavali dan Sambutan Tahun Baru Cina.

Keenakan kuih bahulunya yang lembut seperti span juga melayakkan beliau bergelar juara lebih tiga kali ketika memasuki pertandingan membuat baulu di daerah tempat tinggalnya.

``Kak Ani masuk untuk suka-suka, bagi menambah bilangan kawan dan juga menguji sejauh mana keenakan kuih baulu kak Ani. Mungkin melaluinya dapatlah kak Ani memperbaiki rasa baulu agar lebih sedap,'' katanya.

Memandangkan sambutan yang memberangsangkan, beliau bercadang meningkatkan pengeluaran dan menambah tenaga pekerja.

``Sekarang ini pada hari-hari biasa kak Ani dibantu oleh seorang pekerja dan salah seorang anak perempuan, Siti Nor Azirawati, 19, yang menunjukkan minat mendalam dan mungkin mewarisi usaha membuat baulu pada masa akan datang'' katanya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk merasa keenakan bahulu Rohani boleh hubungi talian 012-5678934.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.