VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/10/2004

Tengku Mahkota Kelantan pilih kerabat diraja Pattani

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, 35, akan melangsungkan perkahwinan dengan kerabat diraja Pattani, Tengku Zubaidah atau Kangsadarn Phipitphakdee, 24, bulan depan.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, majlis istiadat perkahwinan diraja itu akan diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, pada 15 November ini.

Menurut sumber itu lagi, pihak Istana Negeri telah menghantar 300 kad jemputan kepada beberapa orang kenamaan di Thailand termasuk Raja Thai, Bhumipol Adulyadej dan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra bagi menghadiri majlis tersebut.

``Kad jemputan berwarna kuning keemasan yang memaparkan gambar Tengku Muhammad Faris dan Tengku Zubaidah turut diedarkan kepada beberapa menteri dan ahli Parlimen di selatan Thailand baru-baru ini,'' katanya di sini hari ini.

Tengku Muhammad Faris yang dilahirkan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu adalah putera sulung Sultan Ismail dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan diisytiharkan sebagai Putera Mahkota Kelantan pada 1986.

Tengku Zubaidah pula adalah anak ketiga daripada empat beradik hasil perkahwinan bekas ahli Parlimen kawasan 5 Pattani, Wairoj dan Yaowalak Phipitphakdee.

Wairoj adalah sepupu kepada Tengku Anis yang juga kerabat diraja Pattani.

Pendidikan rendah dan menengah Tengku Zubaidah bermula di Pattani sebelum melanjutkan pelajaran di Fakulti Sains, Universiti Mahidol, Bangkok.

Selepas menamatkan pengajian pada 2003, Tengku Zubaidah ditawarkan bekerja di syarikat insurans Muangthai Prakanchiwit, Bangkok.

Ibu Tengku Zubaidah, Yaowalak yang dipetik oleh akhbar Thairath berkata, kali pertama Tengku Muhammad Faris bertemu dengan anaknya ialah pada 12 September 2002 dalam satu majlis perkahwinan anak seorang lagi bekas ahli Parlimen Pattani di daerah Yaring, selatan Thailand.

``Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain sehinggalah Tuanku Sultan datang meminang Zubaidah di rumah kami baru-baru ini,'' katanya.

Beliau memberitahu, ahli keluarga sedang mengadakan persiapan akhir untuk majlis perkahwinan tersebut.

``Zubaidah kini berada di Kota Bharu untuk mempelajari adat istiadat diraja Kelantan,'' katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.