VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 10/10/2004

Siti tetap laris selepas isu e-mel

Hampir seluruh peminat seni tanah air tahu betapa penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dihambat dugaan hebat ketika ini.

Ekoran e-mel layang yang memburuk-burukkan penyanyi itu dan keluarganya, habis terpalit arang ke muka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Siti yang sering digambarkan sebagai penyanyi berimej bersih tentunya tersentak apabila didatangi dugaan sebegitu rupa.

Namun begitu, apa yang terjadi sebenarnya tidak menyekat kesibukan jadual harian penyanyi itu sehingga kini.

``Alhamdulillah selepas habis konsert jelajah di Bukit Jalil dulu hinggalah ke hari ini peluang untuk Siti berehat panjang memang tidak ada langsung,'' ujarnya.

Malah, beberapa perkara yang telah diatur di Indonesia dan Malaysia sendiri katanya, masih berjalan lancar tanpa gangguan.

Dari segi jemputan mengadakan persembahan makan malam, pihak pengurusannya telah pun mengaturkan jadual sejak beberapa bulan lalu.

``Siti percaya orang kita matang, peminat pun matang. Ia mungkin menjejaskan kepercayaan sesetengah pihak tetapi sesetengah lagi faham dengan keadaan ini.

``Bagi Siti, kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang Siti tahu niat Siti ikhlas, insya-Allah rezeki akan sentiasa datang,'' jelas penyanyi itu lagi.

Tambah Siti, jauh di sudut hati dia sentiasa yakin berada di pihak yang benar.

``Siti tahu di mana Siti berpijak dan sebab itulah Siti boleh meneruskan kerjaya seperti tidak ada apa yang berlaku.

``Jika Siti tidak tahu di mana Siti berdiri pastinya Siti akan gelabah,'' ujarnya lagi.

Sepanjang sepuluh tahun bergelar anak seni, Siti sentiasa berdoa agar perjalanan hidup dan kerjayanya dapat berjalan dengan baik setiap kali ditimpa dugaan.

Walaupun sedar setiap masa berlalu pasti ada dugaan yang datang dan pergi, Siti tetap reda dengan jalan hidup yang dipilihnya.

``Kalau Siti sudah pilih jadi orang yang dikenali yang terdedah dengan pandangan dan prasangka orang, Siti perlu sentiasa tabah,'' tegas penyanyi itu.

Anak keempat dari tujuh beradik ini mengakui akan lebih berhati-hati mendekati orang di sekelilingnya supaya perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Apa pun, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tidak mahu gosip liar itu mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dan berbakti kepada masyarakat.

Buktinya, Siti muncul penuh yakin di Charity Gala Dinner Jaya Jusco yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.

Bertemakan With All Our Hearts, majlis makan malam itu diadakan untuk mengutip derma bagi membina Rumah Tunas Harapan yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM250,000.

Rumah Tunas Harapan adalah projek di bawah Yayasan Jusco Malaysia (YJM). Sebagai tanda prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 pada malam itu.

``Siti cuba beri apa saja bentuk sumbangan yang termampu. Jika tidak wang ringgit, nyanyian juga sebenarnya satu bentuk sumbangan,'' katanya.

Siti yang tampil dengan jaket merah dan skirt kembang hitam tetap kelihatan menawan walaupun diserang batuk dan selesema.

Penyanyi itu membuka tirai persembahan dengan lagu popular Bukan Cinta Biasa diikuti dengan sebuah lagu Inggeris berjudul Big Spender.

Bagi menghiburkan tetamu Tionghua yang banyak memenuhi ruang dewan pada malam itu, Siti mengajak seorang kakitangan Jusco berduet bersama mendendangkan lagu Mandarin berjudul How I Love You.

Seperti kebiasaan, Siti turut menjemput beberapa orang tetamu mengiringi persembahannya di pentas.

Selain medley Tunggu Sekejap dan Sejak Bertemu, penyanyi tersebut turut menghiburkan tetamu dengan lagu Rindu dan Dialah Di Hati.

Sebelum mengakhiri persembahan, penyanyi yang popular dengan lagu Jerat Percintaan itu turut menguji kebolehan mendendangkan sebuah lagu Jepun berjudul Koi Bi Toyo dan lagu tema With All Our Hearts.

Selain projek amal itu, duta Jusco ini juga mempunyai Tabung Prihatin Siti (TPS) yang kini masih di dalam prosedur didaftarkan secara rasmi.

TPS dilancarkan melalui kerjasama PWTC dengan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. sempena persembahan Minggu Setiausaha yang melibatkan penyanyi itu.

Setakat ini, tabung tersebut berjaya mengutip sejumlah RM50,000 di mana sasaran sebenarnya adalah RM1 juta.

Dalam perkembangan lain, sempena bulan Ramadan ini, penyanyi berusia 25 tahun itu bakal muncul dalam sebuah program terbitan salah sebuah stesen televisyen di Indonesia berjudul Suci Ramadan.

Penyanyi kegemaran ramai itu juga sibuk merakamkan program Hari Raya selain meneruskan promosi album terbarunya, Prasasti Seni.

Untuk program Hari Raya, Siti akan tampil dalam tiga buah program iaitu Aidilfitri Bersama Siti terbitan Astro, I Love Siti terbitan TV3 dan sebuah lagi program terbitan RTM berjudul Syawal Datang Lagi.

Menurut Siti, program berbentuk drama muzikal raya itu turut melibatkan beberapa buah keluarga artis termasuk Ziana Zain dan keluarganya sendiri.

``Sebenarnya syarikat Siti turut terlibat dalam memberikan idea terhadap konsep yang ditampilkan ini,'' katanya.

Penyanyi itu bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa dia akan berlakon filem dalam waktu terdekat ini.

Memandangkan jadualnya sehingga hujung tahun ini sudah pun penuh, Siti menambah, jika diizinkan hasratnya itu terpaksa dipanjangkan hingga ke tahun hadapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.