VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/08/2004

Elakkan negara dijajah semula - Rashid Maidin

YALA (Selatan Thai) 4 Ogos - Bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM) Rashid Maidin menasihatkan generasi muda di Malaysia supaya mempunyai kesedaran dalam usaha mengekalkan kemerdekaan negara.

Beliau juga menggesa mereka supaya menjauhi diri daripada terjebak dengan gejala keruntuhan akhlak yang dicipta oleh barat melalui pelbagai cara termasuk minda.

``Kesedaran di kalangan generasi muda adalah amat perlu demi mengelakkan Malaysia daripada dijajahi semula,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Chulaporn II, di sini, baru-baru ini.

Menurut Rashid, rakyat Malaysia perlu bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam membawa negara ke arah kejayaan untuk semua kaum.

Rashid yang kini menetap di kampung berkenaan selepas PKM menandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia untuk menamatkan perjuangan bersenjatanya pada Disember 1989 berkata, beliau bersyukur kerana kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia pada Ogos 1957 membolehkan rakyatnya bebas daripada cengkaman penjajah.

Rashid juga berharap rakyat Malaysia tidak lalai dengan kemewahan yang dinikmati hasil daripada kemerdekaan itu.

``Kesedaran perlu ada dalam setiap jiwa rakyat Malaysia daripada semua kaum untuk terus mempertahankan kemerdekaan,'' katanya.

Menurutnya, walaupun berada jauh dari tanah air, beliau tidak pernah ketinggalan mengikuti perayaan Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, sama ada melalui akhbar atau televisyen. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.