VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 04/08/2004

PM syor dialog agama -- Hapuskan salah tanggapan terhadap kepercayaan masing-masing

ABDULLAH Ahmad Badawi bersalam dengan Paderi Mikael dari Armenia pada perhimpunan anjuran Majlis Gereja Sedunia di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ASWAD YAHYA.


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru semua agama di seluruh dunia berdialog secara terbuka bagi menghapuskan salah tanggapan terhadap kepercayaan masing-masing khususnya Islam.

Perdana Menteri berkata, usaha padu perlu dilakukan untuk mengadakan dialog seumpama itu berikutan banyak isu keganasan dikaitkan dengan Islam sedangkan agama menggalakkan perpaduan dan keamanan.

``Saya tahu ada orang Islam bertanggungjawab kepada beberapa kegiatan keganasan atas nama Islam tetapi mereka adalah minoriti dalam agama dan tidak mewakili Islam.

``Sedangkan majoriti umat Islam di seluruh dunia yang pentingkan keamanan, kesederhanaan dan bertoleransi telah merasakan turut menjadi mangsa kempen antarabangsa (Barat) memusuhi Islam.

``Agama mesti membawa penyelesaian terbaik bukan buruk kepada masalah kita. Perang atau aktiviti keganasan tidak boleh dilakukan atas nama agama sebaliknya agama mesti mendidik kita kepada keadilan dalam orde dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada majlis perhimpunan anjuran Majlis Gereja Sedunia yang dihadiri oleh lebih 100 orang wakil gereja dari seluruh dunia di sini.

Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Michael Toyad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Pengerusi Majlis Gereja Malaysia, Tan Sri Dr. Lim Cheng Ean.

Abdullah berkata, dialog seperti itu tidak akan menjadi kenyataan dan tidak bermakna jika penganut agama tidak menghormati pegangan dan kepercayaan antara satu sama lain.

Beliau turut menyeru supaya semua agama dan kepercayaan mengetepikan pandangan dan perbezaan amalan keagamaan masing-masing sebaliknya menghormati hak kebebasan beragama.

``Marilah kita bincang soal yang memberi kesan kepada kemanusiaan seperti ketidakadilan dalam sistem perdagangan dan kewangan dunia, alam sekitar yang terancam, kemiskinan dan serangan wabak penyakit.

``Semua isu ini menimpa kita sama ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha atau Hindu,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sejarah telah membuktikan bahawa hubungan Islam dan Kristian kekal dalam keadaan baik serta fleksibel dengan penerimaan idea baru, falsafah, seni dan teknologi yang memberi faedah kepada kedua-dua agama.

Katanya, sejarah juga mengajar bahawa dengan bekerjasama akan dapat mewujudkan tamadun yang berjaya dan penuh toleransi.

``Semangat kerjasama kedua-dua agama ini mesti dibangkitkan semula di dunia ini, banyak permasalahan antarabangsa yang boleh diselesaikan tetapi kadangkala kita menolak cara penyelesaian itu kerana kita tidak sepakat untuk berubah,'' jelasnya.

Menyentuh isu Palestin, Abdullah yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, keengganan Barat memperakui dan menangani punca keganasan seolah-olah mengesahkan pandangan bahawa rasa tidak puas hati orang Islam tidak penting.

Beliau menjelaskan, kurangnya kemajuan dalam menyelesaikan isu Palestin terus menjadi punca kebencian dunia Islam terhadap mereka yang berkuasa dan berpengaruh untuk menggerakkan proses damai.

``Palestin telah menjadi simbol dunia Islam. Pengganas Islam mungkin tidak mempunyai hubungan langsung dengan negara itu tetapi ia telah menjadi simbol tindakan mereka. Kita tidak boleh, tidak mengaitkan Palestin daripada perang terhadap keganasan,'' tegasnya.

Jelasnya, garis pemisah konflik antara agama dan tamadun hari ini jelas dan pada pandangan umat Islam apabila kejadian yang berlaku sejak peristiwa 11 September tiga tahun lepas seolah-oleh membuktikan tanggapan bahawa Kristian di Barat sekali lagi berperang dengan dunia Islam.

Abdullah yang juga Pengerusi Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) berkata, serangan pada 11 September 2001, peperangan di Afghanistan, Iraq dan perang terhadap keganasan secara keseluruhannya membabitkan agama.

``Satu pandangan bahaya yang dominan ialah bahawa ia merupakan perjuangan antara yang baik dan jahat. Pandangan ini berbahaya kerana ia wujud di kedua-dua pihak yang berpecah.

``Fundamentalis di kedua-dua pihak mempunyai pandangan sempit yang sama, menjadikannya sebagai perang agama ini, walaupun mereka tidak berkata mengenainya secara nyata,'' kata Abdullah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.