VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/07/2004

Pelangi Jiwa - Singkap isi hati Achik dan Nana

Apakah ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti?


WALAUPUN peminangan Achik Spin terhadap Siti Nordiana atau lebih dikenali Nana pernah ditolak, namun kerana mekarnya perasaan cinta itu, akhirnya pada 20 Julai lalu bertempat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Achik dan Nana disandingkan. Dengan iringan paluan kompang, Achik yang berpakaian serba hitam kelihatan tersenyum manis di sisi Nana yang berkebaya moden putih. Pasangan yang bagaikan pinang dibelah dua, diiringi ke pelamin yang tersergam indah terletak di pentas khas sambil diperhatikan oleh ratusan mata di dewan berkenaan termasuk ayah dan ibu Nana.

Benarlah kata pepatah, ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu jua. Begitulah dengan Achik dan Nana.

Bagaimanapun keindahan dan kemeriahan yang dialami oleh pasangan itu hanya sementara kerana ia hanyalah satu gimmick yang menjadi hiasan sempena majlis pelancaran Autobiografi Pelangi Jiwa Achik & Nana. Majlis perasmian itu telah dilakukan oleh Pengarah Urusan FMC, William Lim.

Menurut Nana, sewaktu berjalan seiringan dengan Achik untuk ke pelamin dengan paluan kompang hatinya berbaur malu dan debar.

``Tak sangka pula ada kumpulan kompang. Nana ingat akan disandingkan di atas pelamin begitu sahaja. Bukan apa, Nana takut reaksi daripada orang ramai. Nanti kata gila glamor pula,'' katanya terus terang.

Menyentuh mengenai autobiografi yang ditulis oleh Kash S. Johan, Nana berkata, ``Autobiografi itu akan menjawab segala persoalan tentang hubungan Nana dengan Achik. Autobiografi yang berharga RM16.90 itu telah pun berada di pasaran sejak minggu lalu.

``Apa yang diceritakan kepada penulis lahir daripada hati Nana yang ikhlas. Buku ini diharap dapat menjawab semua persoalan yang peminat nak tahu tentang hubungan kami,'' katanya yang menganggap Achik sebagai kawan.

Walaupun terpaksa berkongsi rahsia dengan peminat, Nana tidak risau kerana autobiografi yang diterbitkan atas kehendak syarikat rakaman FMC itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.

``Selama ini bila Nana kata tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Achik, orang tidak percaya. Tak mungkin Nana nak pergi pada semua orang menjelaskan kedudukan sebenar. Jadi dengan adanya buku ini orang akan tahu sejauh mana keikhlasan hubungan kami,'' katanya penuh harapan.

Nana yang bakal muncul dengan album baru berjudul Pelangi pada akhir bulan ini, berkata tidak mungkin percintaannya dengan Achik akan kembali bertaut.

Bagaimanapun dia tidak menafikan bahawa antara mereka berdua tidak dapat dipisahkan dan akan sering bersama.

``Nana memang tidak boleh mengelak dari bertemu Achik. Kami di bawah satu bumbung. Kami akan pergi promosi bergerak Pelangi Jiwa bersama. Hubungan kami setakat rakan artis sahaja,'' katanya tegas.

Sementara itu, Achik pula menganggap bila pinangannya ditolak oleh keluarga Nana, ia menjadi pendorong untuknya memperbaiki kekurangan diri.

Sehubungan itulah buat masa sekarang, Achik menyimpan azam untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Achik menyasarkan dalam tempoh dua tahun akan datang dia akan menjadi jutawan.

``Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak kecewa sangat sebab waktu itu kami belum lagi menjadi artis. Sebab itu sekarang ini saya berusaha memajukan diri dalam segala hal.

``Saya bercadang untuk keluarkan barangan dengan jenama sendiri seperti kemeja-T, pen, mug dan sebagainya,'' cerita Achik penuh semangat.

Selain daripada membentuk dirinya menjadi seorang usahawan berjaya menerusi syarikat Spire Spin Sdn. Bhd., Achik juga bercadang untuk mengakhiri zaman bujang.

Biarpun dia sering ditemani Nana, namun perasaannya terhadap penyanyi itu sekarang ini hanyalah sekadar kawan.

Pada majlis pelancaran itu, Nana dan Achik turut mendendangkan lagu Pelangi Jiwa yang dipetik daripada album baru Nana. Nana juga mendendangkan single terbarunya, Selamanya Cinta. Lagu-lagu lain yang diperdengarkan pada tetamu ialah Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Adat Berkasih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.