VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/07/2004

Azizan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

NOOR AINEE Che Teh menyiram air mawar ke atas pusara suaminya, Allahyarham Azizan Zainul Abidin sambil dibantu oleh anak-anaknya di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Putrajaya, semalam. - Gambar AZMAN GHANI.


KUALA LUMPUR 14 Julai - Pengerusi Petronas, Tan Sri Azizan Zainul Abidin meninggal dunia di kediamannya di Precint 8, Putrajaya pagi ini setelah sakit dada dan sesak nafas.

Azizan, 69, yang juga Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) dan Perbadanan Putrajaya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 pagi di sisi isteri, Puan Sri Noor Ainee Che Teh.

Seorang ahli keluarga terdekat yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Allahyarham mengadu sukar bernafas dan sakit dada pada pukul 4.15 pagi.

Allahyarham tidak mengalami sebarang penyakit bahaya termasuk penyakit jantung.

``Tetapi pagi ini beliau mengadu sakit dada. Kami sekeluarga sangat terkejut,'' katanya ketika ditemui di rumah peribadi Allahyarham di Bukit Segambut di sini pagi ini.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Amir Hamzah, 37, Datin Norizan, 34, dan Ikhwan, 25.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Putrajaya, selepas solat Zuhur.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berangkat menziarahi jenazah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula adalah antara orang kenamaan yang paling awal menziarahi jenazah Allahyarham.

Kenamaan lain yang menziarahi ialah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Allahyarham memulakan perkhidmatan dalam kerajaan di Kementerian Pelajaran pada tahun 1960 dan pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum bersara dari perkhidmatan awam pada 6 Februari 1988.

Sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan, beliau berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir.

Allahyarham dilantik Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas pada 1988 sehingga 1995 sebelum menjadi Pengerusi Petronas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.