VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TENTERA

ARKIB : 10/07/2004

Wira Merah - Aksi akrobatik jadi kebanggaan Kor Polis Tentera Diraja

AKSI mereka memukau penonton. Lagak mereka ibarat ahli silap mata. Namun tidak ramai yang tahu semua itu dilakukan oleh anggota tentera biasa.

Tidak ada keistimewaan atau sifat luar biasa ada pada mereka. Mungkin yang ada hanyalah kemahiran, keberanian dan iltizam melakukan sesuatu sehingga berjaya.

Itulah Wira Merah, kumpulan akrobatik motosikal yang menjadi kebanggaan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

Pengurus pasukan berkenaan, Mejar Mohd. Sharif Johan berkata, Wira Merah ditubuhkan pada tahun 1963 di Kem Imphal, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Ia diasaskan oleh Pegawai Waran I, Sabdin Othman dan Pegawai Waran I, Ungku Hakim Ungku Mohamad.

Tujuan utama penubuhan kumpulan itu ialah menunjukkan kemahiran menunggang dan mengendalikan motosikal dalam pertunjukan TATU, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Kebangsaan pada tahun 1963.

Bermula detik itu kumpulan ini mengorak langkah dengan menggunakan motosikal BSA 350cc.

Pada tahun 1964 hingga 1966, pertunjukan daripada Wira Merah dihentikan kerana negara berhadapan dengan konfrantasi daripada Indonesia.

Pada tahun 1967, Wira Merah yang diketuai oleh Leftenan Muda Clifford Baptist kembali aktif dengan mengadakan pertunjukan sempena Hari Kebangsaan ke-10 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sehingga kini pasukan yang terdiri daripada 40 anggota itu telah mengadakan sebanyak 48 pertunjukan di seluruh negara.

Antara aksi yang sering dipersembahkan ialah menunggang motosikal secara mengadap ke belakang, berdiri atas tangki, berdiri atas tangga setinggi empat meter.

Selain itu, pasukan itu juga berkebolehan melakukan aksi pelik seperti mengajar anak di atas motosikal, formasi T, formasi 69 dan 30 anggota menaiki tiga buah motosikal serentak.

Namun yang paling ditunggu sudah pasti lompatan perdana sama ada melibatkan anggota berbaring atau pun barisan kenderaan.

Menurut Sharif, sehingga kini rekod lompatan perdana ialah melibatkan 17 hingga 18 buah kereta Proton Iswara dan setiap lompatan itu bergantung kepada permukaan tanah.

Keupayaan pasukan itu melakukan aksi pelik dan negeri turut mengundang tanggapan kononnya pasukan itu menggunakan ilmu hitam sebagai bantuan.

``Tiada sesekali unsur seperti itu digunakan dalam persembahan Wira Merah.

``Semuanya berjaya dilakukan kerana latihan gigih dan doa,'' katanya sambil menambah, kecederaan tidak asing bagi ahli Wira Merah.

Setiap anggota akan diajar aksi khusus dan tidak semua anggota akan melakukan aksi yang sama.

Sebanyak RM35,000 diperuntukkan bagi setiap pertunjukan. Wang itu digunakan untuk senggaraan, makan, penginapan dan bukan sebagai upah kepada ahli Wira Merah.

Katanya, ahli Wira Merah tidak diberikan upah di atas pertunjukan itu.

Namun pada setiap pertunjukan mereka akan dilindungi insurans bermula daripada sesi latihan sehingga tamat pertunjukan.

Setiap persembahan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit bergantung kepada tahap pertunjukan tersebut.

Pada masa ini pasukan itu menggunakan sebanyak 29 buah motosikal untuk pertunjukan.

Ini termasuklah 12 moto guzzi, enam BSA, lima Modenas Jaguh dan masing-masing dua Trial Bike, motosikal Aprillia dan Suzuki.

``Semua motosikal yang digunakan tidak mengalami sebarang pengubahsuaian enjin. Semuanya kekal sama kecuali penambahan terhadap ruang untuk memijak,'' katanya.

Syarat asas bagi mereka yang ingin menyertai pasukan ini ialah mereka mesti berkebolehan menunggang dan mengawal pergerakan motosikal tanpa menggunakan tangan.

``Selain itu mereka juga perlu minat, keberanian dan sedikit kemahiran,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, Jurulatih Kanan, Pegawai Waran Mohd. Nazri Karim berkata, latihan pusat akan diadakan sebulan sebelum sesuatu pertunjukan.

Latihan pusat itu penting kerana anggota Wira Merah bertugas di unit berlainan dan ada di antara mereka merupakan anggota kor lain selain KPTD.

Mengenai pemilihan aksi bagi setiap pertunjukan katanya, ia bergantung kepada tema persembahan itu atau tujuan persembahan itu diadakan.

``Sebagai contoh kalau pertunjukan itu sempena temasya sukan ia berbeza dengan pertunjukan sempena Hari Kebangsaan atau Hari Keputeraan pembesar negara atau negeri,'' katanya.

Beliau menambah, aksi-aksi Wira Merah sentiasa diubah bagi mengelak penonton berasa bosan.

Dalam hal ini, beliau akan mendapatkan pandangan seluruh ahli dan keputusan akan dibuat berdasarkan ujian yang akan dilakukan oleh ahli pasukan.

``Biasanya ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk seseorang itu mahir melakukan satu aksi mudah,'' katanya yang telah berkecimpung dalam aktiviti itu sejak 10 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.