Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/05/2004
Suami sukar disabitkan

Suami sukar disabitkan

KUALA LUMPUR 21 Mei - Polis setakat ini sukar mensabitkan suami kepada seorang suri rumah dengan dakwaan bersubahat melakukan penderaan ke atas pembantu rumah mereka, Nirmala Bonat, 19, sejak lima bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Hadi Ho Abdullah berkata, ini kerana penderaan ke atas Nirmala dipercayai dilakukan ketika suaminya tiada di rumah kerana bekerja.

``Bagaimanapun, polis masih mencari bukti dan cuba mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi lain,'' katanya.

``Saya tahu banyak pihak marah dengan kes ini tetapi pihak polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang ada,'' katanya.

Beliau diminta mengulas siasatan polis berhubung kes penderaan Nirmala, warga Indonesia, yang mendapat liputan meluas oleh media setelah pembantu rumah itu menunjukkan kesan cedera yang teruk pada muka dan seluruh badan.

Nirmala, yang bekerja dengan majikannya itu sejak September tahun lepas, mendakwa dipukul dengan cawan besi, penyangkut baju dan ditekap seterika panas pada badannya sehingga melecur, berkudis dan bernanah.

Berikutan kejadian itu, polis telah menahan reman isteri majikan Nirmala dan dilaporkan akan didakwa di mahkamah esok.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada suami majikan Nirmala kelmarin, tetapi gagal mengaitkannya dengan perbuatan mendera itu.

Katanya, ini kerana penderaan Nirmala dipercayai dilakukan ketika suaminya tiada di rumah.

``Hasil siasatan, suami majikan tidak terlibat secara langsung. Dia tidak ditahan,'' katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN