VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 30/04/2004

Muhasabah Hari Pekerja

SETIAP tahun pada 1 Mei diisytiharkan Hari Pekerja atau suatu masa dulu dipanggil Hari Buruh. Cuti umum untuk semua sektor pekerjaan. Jika ada yang terpaksa bekerja mereka akan dibayar tiga kali ganda gaji harian mereka. Pelbagai acara sambutan akan diadakan meraikan hari tersebut.

Sebagai pekerja ikhlaskah kita bekerja? Sebagai buruh jujurkah sumbangan kita selama ini? Adakah kehadiran kita di tempat kerja semata-mata untuk mendapat gaji, upah dan lebih banyak mementingkan diri sendiri?

Sempena Hari Pekerja ini eloklah kita bertanya kepada diri sendiri. Berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar jujur menjalankan tugas?

Berapa ramai di antara kita yang bertungkus lumus menjalankan kerja apabila berada di hadapan ketua sedangkan di belakangnya kitalah orang yang paling cekap menghabiskan waktu dengan perkara yang sia-sia?

Berapa ramai pula di antara kita yang menggunakan waktu pejabat untuk menguruskan urusan peribadi sehingga ada kalanya menghabiskan sehari suntuk tanpa mengambil cuti rehat? Malangnya, pada hari ini, mereka yang bekerja bertungkus lumus dengan segala kejujuran dan keikhlasan telah dianggap sebagai pengampu dan pembodek nombor satu.

Kejujuran dan keikhlasan mereka menjalankan tugas tidak dihargai langsung oleh rakan sejawat, ketua dan sebagainya - padahal mereka melakukannya sebagai amanah dan inginkan rezeki yang halal untuk diri dan keluarganya.

Terhakisnya sifat-sifat ini adalah kerana membaranya sifat cemburu, iri hati, syak wasangka dan lain-lain sifat buruk yang telah bermaharajalela dalam diri dan warga pekerja ketika ini. Tugasan dan kerja yang diamanahkan dilakukan hanya kerana terpaksa atau sekadar melepas batuk di tangga dan bukanya untuk mencari keredhaan Tuhan.

Justeru itu, untuk menjadi warga pekerja cemerlang di mata majikan, rakan sejawat dan yang paling penting di mata Tuhan - erti keikhlasan dan kejujuran wajar menjadi agenda utama. Lakukanlah segala amanah dengan rela dan redha tanpa agenda buruk di sebaliknya.

Etika dan pelbagai nilai murni yang telah diterapkan dalam pelbagai sektor pekerjaan hendaknya sudah sebati dengan pelbagai warga kerja. Muhasabah ini untuk diri penulis sendiri dan ingin dikongsikan bersama pembaca agar dalam hidup ini kita dapat saling berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Para majikan pula mesti menganggap kakitangannya sebagai aset yang penting yang mesti diberi pelbagai ganjaran, latihan, kursus dan sebagainya yang dianggap haknya.

Seandainya segala hak pekerja dinafikan maka mereka yang merasakan dirinya teraniaya mungkin bertukar menjadi musuh dalam selimut.

Bukan semua kebolehan dan kepandaian pekerja diketahui oleh majikan atau rakan-rakannya sendiri.

Contohnya ialah serangan Salami. Serangan Salami ialah pengaturcara boleh memprogramkan jumlah wang dalam setiap urus niaga dibulatkan sehingga ke beberapa titik perpuluhan yang dikehendaki oleh beliau. Bakinya dipindahkan ke akaun sulitnya sendiri.

- Contoh : RM120.24 dibulatkan kepada RM120.00 di mana 4 sen telah dipindahkan ke akaunnya sendiri.

- Andai terdapat 1,000 urusniaga sehari bermakna:

1,000 x RM0.04 = RM 40

Katakan bekerja selama 20 hari sebulan

- RM40 x 20 = RM800 sebulan

Jadi sebagai majikan, pemantauan juga perlu agar pekerja sendiri tidak menjadi ancaman kepada keuntungan syarikat atau agensi tempat beliau bekerja. Mungkin para pembaca masih ingat kisah seorang eksekutif bank yang begitu mewah hidupnya dan mempunyai pelbagai kereta mewah dan menjadi fokus dalam TV3. Majikannya cuma sedar setelah menonton siaran TV tersebut. Kemewahan yang dipamerkan beliau melebihi pemilik bank itu sendiri.

Barangkali pemeriksaan lebih ketat latar belakang pekerja - sama ada beliau mempunyai harta yang berlebihan atau hutang yang melebihi kemampuan. Majikan juga mesti menjelaskan segala prosedur pentadbiran seperti peraturan cuti, giliran tugas, laporan para penyelia dan sebagainya.

Akhirnya baik sebagai pekerja atau sebagai majikan - masing- masing punya peranan. Keikhlasan dan kejujuran adalah asas nilai murni yang paling penting untuk kesejahteraan kedua-dua belah pihak. - Mohamad Hata Ghazali, Kuala Lumpur.

Kirim pendapat anda melalui emel pendapat@utusan.com.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.