VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 20/04/2004

Kod Etika Ahli Parlimen dilancar

ABDULLAH Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak meneliti buku Kod Etika Bagi Ahli Parlimen Kerajaan yang dilancarkan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 19 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Kod Etika Bagi Ahli Parlimen Kerajaan yang akan dijadikan pegangan di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengotakan sumpah mereka untuk melaksanakan kewajipan terhadap rakyat.

Kod etika itu antara lain mengandungi kewajipan terhadap Parlimen, tatalaku atas sifat rasmi, tatalaku secara am dan perisytiharan harta.

Perdana Menteri berkata, kod etika itu akan mengingatkan wakil rakyat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini yang akan mencemarkan kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.

``Saya telah nyatakan betapa pentingnya ahli Parlimen semua mematuhi kod yang disediakan untuk pengetahuan dan pemahaman mereka bagi dijadikan pegangan.

``Insya-Allah, saya yakin ia dapat membantu ke arah meningkatkan lagi peranan dan khidmat yang bermutu ahli-ahli Parlimen,'' katanya semasa melancarkan kod etika itu yang dilakukan serentak dengan perasmian Seminar Untuk Ahli Parlimen Kerajaan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, di sini.

Abdullah yang juga Pengerusi BN, juga mahu setiap ahli Parlimen BN sentiasa meletakkan diri mereka sebagai rakyat terbanyak walaupun bergelar Yang Berhormat.

Kata Perdana Menteri, menganggap diri sebagai rakyat akan sentiasa menginsafkan pemimpin mengenai keperluan rakyat.

Walaupun ahli Parlimen telah bergelar menteri, timbalan menteri atau sebagainya, pada hakikatnya mereka tetap berstatus rakyat yang sentiasa memerlukan perhatian dan pembelaan.

``Seperti juga apa yang kita mahu dalam kehidupan seharian, kita juga perlu sentiasa tahu apa yang rakyat mahu dan mereka akan menilai kita.

``Penilaian rakyat terhadap anggota Parlimen adalah penting. Dengan penilaian ini rakyat dapat mengenal pasti kelemahan dan berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan mereka,'' katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohd Zahir Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Perdana Menteri mengingatkan betapa pentingnya Ahli Parlimen BN memikul amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin.

Katanya, kedudukan sebagai Ahli Parlimen bukanlah untuk selama-lamanya sebaliknya ia merupakan satu kemudahan dan pinjaman untuk menyalurkan perkhidmatan untuk rakyat.

``Dalam Islam sendiri, kuasa dan kerajaan hanyalah pemberian Tuhan untuk dilaksanakan. Ini (pemberian mandat oleh rakyat) adalah satu percubaan besar buat kita,'' katanya.

Sehubungan itu beliau mahu setiap wakil rakyat BN sentiasa mengelak diri daripada menggunakan kedudukan untuk faedah diri sendiri kerana rakyat sentiasa memerhati dan membuat penilaian.

``Pemimpin tidak boleh bersembunyi di sebalik kuasa, jauhkan diri daripada sebarang amalan buruk, merasuah dan dirasuah selain mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan tidak baik yang lain.

``Kita harus menilai diri kita, adakah kita sanggup menjadi wakil rakyat yang baik, (dan) bersedia untuk melaksanakan amanah kerana mandat yang diberikan adalah amanah daripada rakyat,'' kata Perdana Menteri.

Menurut Abdullah, jika nilai-nilai baik ini dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur beliau yakin wakil rakyat BN akan dapat mencapai apa yang lebih baik untuk rakyat dan membawa mereka menjadikan negara lebih maju dan berjaya pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata, sebagai Ahli Parlimen alaf baru, mereka juga perlu bersedia meningkatkan pencapaian diri termasuk mengalami proses belajar dan diajar.

``Wakil Rakyat perlu menambah nilai perkhidmatan, nilai produk dan perancangan agar pencapaian mereka meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai kecemerlangan.

``Jangan jadi pemimpin yang berminda kelas tiga. Kita perlu pencapaian yang maksimum.

``Ini dapat dicapai melalui pemahaman teknik-teknik dan ilmu baru. Teknologi dan ilmu baru tidak dapat dimanfaatkan untuk rakyat jika manusia yang memimpin sendiri tidak mampu menggerakkannya,'' ujarnya lagi.

Katanya, Ahli Parlimen juga perlu tahu dan mampu berbahas di Parlimen tentang apa sahaja dasar kerajaan bukan terhad bidang-bidang yang mereka minati semata-mata.

Menurutnya, matlamat besar kerajaan ialah memastikan kehidupan rakyat dan keluarga mereka sama ada di bandar atau luar bandar agar lebih baik dan makmur pada masa depan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Perdana Menteri menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar kod etika tersebut akan tetap dikenakan tindakan disiplin.

Selain itu, katanya, Ahli Parlimen juga perlu menghantar buku laporan mengenai aktiviti kerja di kawasan mereka.

``Laporan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menilai prestasi mereka sehingga pilihan raya akan datang,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.