VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 17/04/2004

Fazley -Siti Nurhaliza -- Hubungan kami tidak libatkan hati dan perasaan

BAGAIKAN pasangan kekasih yang sedang asyik masyuk bercinta, demikianlah pentas Dewan Merdeka, PWTC, menyaksikan jalinan kisah cinta antara Siti Nurhaliza dan Fazley.

Pasangan yang ditemukan dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha ini tampil bak pasangan bercinta ala P. Ramlee dan Saloma dalam segmen yang dianggap cukup berjaya ini.

Dengan lagu Gelora Asmara, Siti manja berbicara dengan Fazley yang dipanggilnya `Abang Fazley' di pentas, sementara si jejaka dengan gaya menggoda cuba memikat si jelita idaman satu Malaysia ini.

Selain penampilan Saiful(Apek), sudah tentu segmen ini dianggap yang paling berjaya dalam persembahan yang buat pertama kalinya menampilkan kebolehan lakonan Siti Nurhaliza ini.

Kemesraan Siti dan Fazley tidak dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya menjadi topik hangat yang diajukan oleh pihak media dalam sidang akhbar selepas kedua penyanyi popular ini menjayakan persembahan berkenaan, petang Khamis lalu.

Tetapi kedua-duanya bagaikan sudah bersedia awal dan mempunyai jawapan yang hampir serupa.

``Kerjasama kami adalah profesional. Tidak melibatkan hati dan perasaan. Itu cuma lakonan di pentas,'' jelas Fazley dengan senyum. Dan Siti yang berada di sebelah turut melemparkan senyuman ceria di bibir.

Siti sebelum ini dalam satu majlis turut memberi pendapat yang hampir serupa dan meminta supaya pihak media tidak menggembar gemburkan perkara berkenaan.

Sementara tambah Fazley lagi, jika diberi peluang dia akan terus berkerjasama dengan Siti Nurhaliza Production (SNP) di masa depan.

``Kalau untuk kebaikan bagi kedua-dua belah pihak, mengapa tidak?'' tegas Fazley mengulas tentang kerjasama tersebut.

Menurut Fazley, dia dan Siti juga sudah cukup bersedia sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama seandainya hubungan profesional mereka disalahtafsirkan oleh pihak lain.

``Kata orang alah bisa, tegal biasa. Kalau ada gosip antara kami, saya anggap ia tidak lebih hanya sekadar gurauan rakan media.

``Tetapi saya harap tidak akan ada. Cukup-cukuplah anda semua bermain dengan gosip,'' katanya lagi yang jelas sangat sporting menjawab pertanyaan tentang perkara berkenaan.

Sementara itu persembahan Minggu Setiausaha ini menyajikan kenangan indah kepada peminat Siti apabila mereka menjadi antara yang pertama menyaksikan bakat lakonannya.

Siti tampil melalui beberapa segmen yang dirakamkan awal dan ditayangkan melalui layar khas di waktu selingan.

Pertama kali menyaksikan kebolehannya, terserlah bakat lakonan yang selama ini dipendamkan walaupun beberapa kali cuba dicungkil oleh penerbit-

penerbit gergasi tanahair.

``Ia melengkapkan janji Siti untuk tampilkan sesuatu yang berbeza dalam persembahan Minggu Setiausaha ini.

``Kami hanya ambil masa satu hari sahaja untuk rakaman segmen berkenaan dan tayangan segmen ini juga hasil kerjasama daripada syarikat Gitu-Gitu Production milik Saiful(Apek).

``Orang tidak pernah tengok Siti berlakon dan inilah yang istimewa mahu Siti berikan kepada peminat yang datang ke sini,'' katanya.

Siti juga berpuas hati dengan persiapan yang dibuat oleh pihak PWTC yang memberikan layanan cukup istimewa kepada peminat-peminatnya yang hadir.

Reka hias pentas dan dewan juga istimewa di matanya apabila mengguna pakai konsep mesra alam, bagaikan berada di taman bunga.

``Inilah impian Siti. Siti sangat gembira. Persembahan kali ini di tempat yang lebih besar, suasananya juga mendamaikan.

``Rasa macam dalam taman dan ia membuatkan Siti rasa cukup tenang untuk memberikan persembahan lebih baik,'' katanya dalam celoteh dengan peminat dalam persembahan selama hampir dua jam itu.

Nampaknya kerjasama kedua-dua pihak akan diteruskan lagi di tahun hadapan kerana bukan sahaja di pihak Siti, tetapi juga PWTC menerima tempahan di luar jangkaan.

``Sebagai penganjur kami sa-

ngat berpuas hati dengan bilangan tetamu yang datang.

``Untuk dikatakan sangat berjaya, itu terpulang kepada hati masing-masing yang menonton.

``Apa yang termampu kami sediakan, sudah dibuat dan kami sangat berpuas hati menampilkan penyanyi paling popular di sini.

``Mungkin untuk tahun akan datang, Siti Nurhaliza dan PWTC akan berkerjasama lagi,'' jelas Fazley yang merupakan antara orang penting dalam pentadbiran PWTC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.