VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 16/04/2004

Pegawai polis di sekolah -- Bertindak tangani salah laku, mengeratkan perhubungan

MOHD. BAKRI OMAR bersalaman dengan anggota kadet polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 15 April - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Omar berkata, polis akan menugaskan seorang pegawai polis yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan menangani gejala salah laku di kalangan pelajar selain mengeratkan hubungan dengan polis.

``Pegawai yang berkenaan bertanggungjawab mengadakan lawatan, ceramah, kempen dan perbincangan di sekolah,'' katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kor Kadet Polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Majlis itu membabitkan 120 pelajar dari sekolah tersebut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Medan.

Turut dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah di kedua-dua sekolah terbabit.

Mohd. Bakri berharap kehadiran polis di sekolah-sekolah tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak.

``Polis akan mendampingi masyarakat dari semasa ke semasa tanpa mengira golongan sesuai dengan slogan Mesra, Cepat dan Betul.

``Ini termasuk program bersama guru dan pelajar sekolah dalam membina hubungan yang lebih rapat,'' katanya.

Ahad lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis di setiap negeri berucap pada perhimpunan mingguan di sekolah-sekolah menengah dan rendah sebagai usaha menangani gejala samseng dan jenayah di kalangan pelajar.

Mohd. Bakri berkata, kini hampir semua sekolah di seluruh negara telah mempunyai seorang pegawai perhubungan.

Sempena majlis hari ini, kedua-dua sekolah terbabit dilantik menjadi sekolah angkat kepada Yayasan Pencegahan Jenayah (YPJM) selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak sekolah dan YPJM/Polis Diraja Malaysia (PDRM) disempurnakan.

Di bawah program sekolah angkat itu, YPJM akan menaja segala perbelanjaan membabitkan semua aktiviti kor dan kelab tersebut.

Antara program yang dirancang dalam kor kadet polis ialah lawatan ke pusat pemulihan dan penjara, aktiviti perkhemahan, karnival bersama ibu bapa serta program keagamaan.

Setiap aktiviti akan dilaksanakan secara bersama oleh jawatankuasa kerja yang terdiri daripada PDRM, Citizens Crime Watch dan YPJM.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Rafie Mahat dalam ucapannya berkata, pelantikan sekolah angkat itu merupakan satu usaha murni yang harus dicontohi oleh semua pihak.

Beliau berkata, pihaknya menyanjung tinggi sokongan yang diberikan dalam usaha menangani masalah berkaitan pelajar dan sekolah.

Abdul Rafie yakin dengan penubuhan Kor Kadet Polis akan dapat memperkukuhkan peribadi di samping membudayakan disiplin di kalangan para pelajar.

Beliau berkata, sehingga kini talian terus yang diwujudkan untuk menangani gejala salah laku pelajar telah menerima sebanyak 224 aduan.

Katanya, ia merangkumi aduan terhadap salah laku pelajar, pengurusan sekolah, pandangan dan pertanyaan.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran juga telah mengarahkan semua sekolah mengadakan program berbentuk perkhemahan melibatkan pelajar dari semua kaum ketika cuti sekolah.

Katanya, program seperti ini boleh menyemai nilai-nilai hormat menghormati dan toleransi khususnya dalam masyarakat pelbagai kaum.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.