VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 15/02/2004

Siti Nurhaliza menang anugerah Artis Pilihan Malaysia MTV Asia

SINGAPURA 14 Feb. - Artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza diumumkan sebagai penerima anugerah Artis Pilihan Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut pada malam Anugerah MTV Asia 2004 (MTVA04) yang diadakan di sini, malam ini.

Siti, 25, menewaskan empat artis tempatan lain yang turut dicalonkan dalam kategori tersebut iaitu Jamal Abdillah, Misha Omar, Siti Sarah dan kumpulan Too Phat.

Pemilihan Siti dibuat berdasarkan undian yang diperoleh daripada penonton rancangan hiburan yang popular di seluruh dunia.

Ketika menerima anugerah tersebut, Siti yang turut berduet dengan penyanyi antarabangsa Gareth Gates menerusi lagu Say It Isn't So, berkata anugerah yang diraih merupakan penghargaan paling istimewa kepada dirinya dan industri muzik tempatan.

``Terima kasih kepada pihak media dan peminat yang memberi sokongan kepada saya selama ini,'' katanya yang nampak lebih berkeyakinan ketika berucap berbanding dua tahun lalu.

Majlis gilang-gemilang tiga jam yang diadakan di hadapan lebih 7,000 penonton, dianggarkan turut disaksikan oleh 150 juta penonton di seluruh Asia apabila ditayangkan kelak.

Ini merupakan kali ketiga MTVA04 dianjurkan di Asia. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik Asia dan antarabangsa.

Sebanyak 19 anugerah disampaikan pada malam anugerah yang dihoskan oleh dua bintang terkenal iaitu Michelle Branch dari Amerika Syarikat dan Vanness Wu dari Taiwan.

MTVA04 juga turut memberi anugerah Anugerah Filem Asia kepada Datuk Michelle Yeoh, Anugerah Stail kepada Bao dari Korea dan dan Anugerah Inspirasi kepada Anita Mui yang merupakan anugerah penghargaan kepada tokoh yang telah memberi sumbangan dalam industri dan bidang berkaitan.

Beberapa penghibur terkenal antarabangsa yang lain seperti kumpulan 5566, Black Eyed Peas, Liberty X, Simple Plan, Stacie Orrico, A*Mei dan Sugar Bates turut mengadakan persembahan di malam anugerah itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.