VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 24/01/2004

Kertas dinding - Menyerlah seri rumah

Dekor
Oleh Rahana MD
Penataan seni hiasan dalaman di kalangan masyarakat Malaysia masih didominasi pengaruh luar seperti cita rasa Inggeris, Mediterranean, Zen atau kini popular dengan hiasan konsep Bali.

Malaysia masih dianggap baru dalam hiasan dalaman kerana belum mempunyai identiti sendiri meskipun kerja-kerja mengemas dan menghias rumah begitu akrab kepada kaum wanitanya.

Hiasan dalaman bukan sekadar meletak perabot di sudut yang betul atau memilih produk import daripada jenama terkenal dan mahal tetapi lebih daripada itu ia memerlukan kepekaan kepada keseluruhan hiasan termasuk pemilihan kertas dinding yang sepadan.

Walaupun masih hijau, rata-rata penggemar hiasan dalaman di negara ini ketara berubah dari konsep rekaan dan warna.

Nada lembut atau pastel yang dahulunya menjadi aliran kini berubah kepada penampilan corak yang lebih berani.

Situasi ini berkait rapat dengan pendedahan yang dilakukan oleh majalah dekorasi tempatan di samping pengalaman yang diperolehi sendiri oleh kebanyakan rakyat Malaysia ketika melanjutkan pelajaran, melawat dan bekerja ke luar negara..

Pemilik Ferina's, Affandy Talib ketika ditemui baru-baru ini mengakui, cita rasa masyarakat Malaysia kini lebih moden dan standard.

Menurutnya, pelanggan kini lebih bercitarasa tinggi dan percaya pada bidalan alah membeli menang memakai.

``Perubahan ini dikesan melalui corak dan reka bentuk yang dipilih melalui kertas dinding untuk menghiasi kediaman dan pejabat.

``Dahulu, ramai yang gemarkan corak bunga dengan warna pastel tetapi kini mereka berarah kepada corak abstrak dengan warna cerah dan terang.

``Malah ada yang berani mencuba warna oren, merah cili, biru, hijau serindit digabungkan pula dengan kertas sempadan yang senada,''ujarnya.

Perubahan tersebut ujarnya menampilkan kematangan cita rasa pengguna di Malaysia yang semakin bijak menghias rumah.

Ferina's merupakan pengedar tunggal kertas dinding keluaran Norwall di Kanada adalah antara syarikat pengeluar kertas dinding terbesar di Utara Amerika bagi Singapura, Brunei dan Malaysia.

Ferina's menawarkan lebih seribu rekaan dan warna kertas dinding yang beroperasi di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Minat yang didorong perasaan ingin berjaya dalam arena perniagaan, menampilkan Affandy salah seorang pengedar kertas dinding yang disegani di negara ini.

``Komitmen dalam perniagaan lebih lancar jika diadun dengan minat. Kebetulan dapat peluang belajar sambil bekerja di Kanada telah mendekatkan saya dengan pelbagai bentuk rekaan hiasan dalaman yang sungguh menarik untuk diterokai.

``Sokongan keluarga dan isteri, Suzieany Haris mendorong saya lebih komited dengan hiasan dalaman walaupun ketika itu, telinga diasak dengan pertanyaan ``apakah bidang itu mempunyai masa depan yang cerah'', katanya.

Keyakinannya terhadap masa hadapan perniagaan hiasan dalaman di negara ini terbukti apabila sambutan dan penerimaan pelanggan yang cukup menggalakkan.

``Walaupun masih tercari-cari identiti sendiri, kalangan penggemar hiasan dalaman hari ini berani mengikut perubahan edaran fesyen dan dekorasi hiasan dalaman,'' katanya.

Affandy yang lebih akrab dengan perabot kayu menjelaskan, bukan semua dinding yang polos memerlukan kertas dinding.

``Penggunaan kertas sempadan yang dilekatkan pada dinding lebih praktikal dan ekonomi. Selain mudah dilakukan sendiri, kertas sempadan memberi impak berbeza jika bijak memilih corak dan rekaannya.

``Kebanyakan pelanggan Melayu masih menggemari motif berbunga khasnya bunga mawar namun corak abstrak juga tidak terpinggir yang dipadankan dengan cat, perabot dan juga langsir di bilik masing-masing,'' jelasnya yang berasal dari Melaka.

Selain kertas dinding untuk ruang tamu, dapur, bilik tidur termasuk kanak-kanak dan remaja, kedainya turut menawarkan ubah suai rumah, kerja-kerja pemasangan kertas dinding untuk kediaman, hotel, restoran dan pejabat.

``Kami mempunyai enam kakitangan yang turut menawarkan khidmat konsultan mengenai seni hiasan dalaman termasuk mempunyai pengedar di beberapa buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak,'' ujarnya.

Ayah kepada tiga cahaya mata, Noor Danial 8, Sarah Farina 7 dan Noor Jafri yakin dekorasi atau hiasan dalaman di negara ini berkembang seiring dengan perubahan fesyen dan musim.

``Saya menerima 30 buah buku contoh kertas dinding setiap bulan dari Norwall yang sekaligus membuktikan perkembangan hiasan dalaman di negara Barat begitu agresif.

``Setakat ini sambutan pelanggan amat baik walaupun kebanyakannya masih mengekalkan citarasa timur hasil gabungan seni hiasan berlandaskan budaya kaum yang terdapat di negara ini,'' katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.