VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/01/2004

Hup Seng pengeluar bahan makanan ringan ketiga terbaik di Malaysia

BATU PAHAT 22 Jan. - Syarikat pengeluar biskut dan minuman ringan Hup Seng yang beroperasi dekat sini terpilih sebagai pengeluar makanan ketiga terbaik di Malaysia pada 2002.

Pengumuman mengenai pemilihan itu telah dibuat akhir tahun lalu oleh firma maklumat pasaran AC Nielson (M), Sdn. Bhd., yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menurut Pengarah Urusan Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn. Bhd., Kerk Chu Koh, kejayaan itu adalah satu perkembangan yang menggalakkan ekoran hasil usaha dan sokongan kakitangan serta pengedar-pengedar yang menjadikan jenama Hup Seng dikenali ramai.

``Pengiktirafan itu mendorong Hup Seng untuk meningkatkan lagi kualiti syarikat supaya dapat memperlihatkan daya persaingan yang tertinggi dan terus berkembang pesat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan tahun baru 2004 di pekarangan kilang itu di Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah dekat sini baru-baru ini.

Produk Hup Seng selain untuk pasaran tempatan, turut dieksport ke beberapa buah negara Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Hup Seng Hoon Yong Brothers Sdn. Bhd., Kerk Choo Soon dalam ucapannya pula berkata, syarikat itu akan meningkatkan bajet untuk iklan dan promosi untuk mempopularkan produk keluaran syarikat itu.

Beliau yakin bahawa dengan adanya usaha daripada kakitangan dan ahli-ahli pengarah, Hup Seng berupaya mencipta satu prestasi yang membanggakan bagi syarikat dan negara.

``Ini kerana dengan kecenderungan globalisasi, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), tekanan daripada pesaing dijangka lebih ketara.

Persaingan-persaingan dan industri pembuatan biskut juga akan bertambah hebat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.