VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 21/01/2004

Kelayakan BISP dari aspek subjek

SURAT Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil. 3 Tahun 2003 bertarikh 3 Julai 2003 ini bertujuan menambah baik garis panduan pelaksanaan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang diedarkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun 2003, bertarikh 6 Februari 2003.

Surat bertajuk Garis Panduan Pelaksanaan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ini, antara lain menjelaskan pemberian BISP kepada PPP tertakluk kepada syarat-syarat yang meliputi dua aspek iaitu kelayakan subjek dan anggota terlibat.

Kelayakan subjek yang ditetapkan ialah anggota yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris boleh dipertimbang menikmati faedah ini.

Komponen subjek Sains dan Matematik meliputi semua subjek Sains Tulen, Teknikal dan Teknologi Maklumat.

Subjek Teknikal yang dimaksudkan ialah Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk di bawah Program Politeknik.

Sehubungan itu, pemberian BISP bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik mengikut peringkat adalah seperti berikut:

1. Pendidikan Rendah iaitu subjek Sains dan Matematik.

2. Pendidikan Menengah iaitu subjek Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Matematik tambahan dan Teknologi Maklumat.

3. Pendidikan Lepas Menengah (Tingkatan 6) iaitu subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Perkomputeran.

4. Program Matrikulasi iaitu subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Informatik.

5. Program Politeknik iaitu subjek Matematik, Teknologi Maklumat, Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk.

6. Program Maktab Perguruan iaitu subjek Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat.

7. Program Kolej Komuniti iaitu subjek Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat.

Kelayakan subjek seperti di atas adalah komponen subjek Sains dan Matematik perlu diajar dalam Bahasa Inggeris.

Bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.