VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 04/01/2004

Perceraian pasangan Islam meningkat berbanding perkahwinan sejak 1998

STATISTIK Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan peningkatan dalam kes perceraian pasangan Islam sejak lima tahun kebelakangan ini berbanding bilangan mereka yang melangsungkan perkahwinan.

Tahun 2002 menunjukkan kes perceraian paling tinggi berlaku di negeri Perak dengan 1,975 kes diikuti Selangor 1,826 dan Kelantan 1,472.

Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis pula menunjukkan bilangan penceraian paling rendah iaitu masing-masing 218 dan 893 kes.

Kes paling tinggi pernah dicatatkan di negeri Kelantan iaitu 2,042 pada tahun 2001.

Bagaimanapun Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan bilangan kes paling rendah, 192 kes pada 1999.

* Pada 1998: Sebanyak 95,312 pasangan berkahwin, manakala kadar penceraian pula 13,624 pasangan.

* Pada 1999: Bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan ialah 90,408 manakala perceraian pula 13,155.

* Pada 2000: Sebanyak 91,408 pasangan melangsungkan perkahwinan berbanding 13,536 yang bercerai.

* Pada 2001: sebanyak 90,267 pasangan melangsungkan perkahwinan, manakala 12,774 bercerai.

* Perlis menunjukkan penurunan pada bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2002.

* Pada 2002: Bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Perlis menurun berbanding 1,710 pasangan pada tahun 2000.

Bilangan pasangan bercerai menurun sedikit pada tahun 2002 iaitu 125 berbanding 288 pada tahun 1998.

Kedah menunjukkan peningkatan tiga kali ganda bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan.

Pada tahun 2002 saja, 15,198 pasangan melangsungkan perkahwinan berbanding 5,104 pada tahun 1999.

Bagaimanapun, kadar perceraian meningkat berbanding pasangan melangsungkan perkahwinan.

Dalam tempoh tiga tahun, boleh dikatakan 1,000 hingga 2,000 pasangan melafazkan cerai setiap tahun.

* Pulau Pinang: 1,099 pasangan perkahwinan melangsungkan perkahwinan pada 2002 berbanding 4,431 pada 2000, manakala kes perceraian pula menurun pada 215 pada 2002 berbanding 717 kes pada tahun sebelumnya.

* Perak: Bilangan pasangan berkahwin dalam tempoh lima tahun adalah sekitar 8,000 hingga 9,000 pasangan setiap tahun, manakala kes perceraian pada negeri tersebut di sekitar 1,000 kes dalam lima tahun kebelakangan.

* Negeri Selangor: 10,990 pasangan melangsungkan perkahwinan pada 2001 berbanding hanya 5,284 pada 2002.

Kes perceraian pada lima tahun tidak banyak menunjukkan perubahan walaupun bilangan pasangan melangsungkan perkahwinan meningkat.

* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan yang agak sama sekitar 2,000 hingga 3,000 dalam tempoh lima tahun.

Kes perceraian di negeri tersebut menunjukkan peningkatan 118 pasangan pada tahun 2002 berbanding tahun sebelumnya.

* Negeri Sembilan: Bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan hampir sama setiap tahun bagi tempoh lima tahun lalu.

Kes perceraian di negeri itu meningkat pada 2002 kepada 798 kes berbanding 680 pada tahun sebelumnya.

* Melaka: Pasangan yang melangsungkan perkahwinan tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang drastik dalam tempoh lima tahun.

Kes perceraian meningkat di negeri itu sebanyak 146 pada tahun 2002 berbanding tahun sebelumnya.

* Johor: Peningkatan dalam bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Pada 2002, sebanyak 9,687 pasangan berkahwin berbanding 6,289 tahun sebelumnya, manakala kes perceraian dicatatkan paling tinggi pada 2001 iaitu 1,955.

* Pahang: Tiada perubahan drastik dalam bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga dengan setiap tahun kira-kira 6,000 pasangan.

Bagaimanapun, kes perceraian di negeri itu juga boleh dikatakan meningkat dengan 893 kes berbanding 827 pada tahun sebelumnya.

* Terengganu: Tidak menunjukkan perubahan ketara bilangan pasangan yang berkahwin dalam tempoh 1998 hingga 2002.

Setiap tahun kira-kira 6,000 pasangan melangsungkan perkahwinan di negeri berkenaan.

Sementara, bilangan perceraian dicatatkan paling tinggi pada 2001 dengan 1,046 berbanding tahun lain.

* Kelantan: Bilangan pasangan melangsungkan perkahwinan adalah paling tinggi pada 2002 dengan 16,928 pasangan, sementara mereka yang bercerai pula 2,042 pasangan pada 2001.

* Sarawak: Bilangan perkahwinan menurun pada 2002 iaitu 4,556 manakala kes perceraian pula meningkat kepada 634 pada tahun yang sama.

* Sabah: Menunjukkan penurunan pasangan yang berkahwin pada 2002 iaitu 3,261 berbanding kira-kira 5,000 pasangan yang melangsungkan perkahwinan setiap tahun.

Begitu juga dengan bilangan perceraian pada tahun yang sama menurun kepada 161, manakala di Wilayah Persekutuan Labuan pula, pasangan yang melangsungkan perkahwinan menurun iaitu 218 pada 2002.

Bilangan pasangan yang bercerai juga meningkat kepada 61 berbanding pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.