VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 17/12/2003

Liputan media penangkapan Saddam bermotif politik - Ali

SANAA 16 Dis. - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh semalam mendakwa liputan media mengenai penangkapan bekas Presiden Saddam Hussein bermotifkan politik dan bertujuan untuk menyenangkan pihak-pihak tertentu yang bertelagah dengan rejim pimpinan Saddam.

Beliau berkata, Saddam dan rejimnya telah lama tumbang selepas pasukan tentera penceroboh melancarkan perang ke atas Iraq.

``Seluruh dunia tahu bahawa pasukan tentera penceroboh boleh menumbangkan rejim di Iraq dengan mudah kerana mempunyai jumlah askar yang begitu ramai,'' kata Ali semasa mengadakan pertemuan dengan pemberita-pemberita Sepanyol yang melawat Sanaa.

Beliau berkata, Yemen mahu melihat tindakan keganasan di Iraq dihentikan dengan segera.

Presiden Yemen itu merujuk kepada tentangan gerila dan serangan balas pakatan tentera penceroboh di Iraq yang diketuai AS.

Tetapi beliau menegaskan, isu penentangan ke atas tentera penceroboh itu boleh ditangani secara mudah dengan melaksanakan pendekatan bijak dan berhemah.

``Isu itu boleh diselesaikan sebaik sahaja keperluan rakyat Iraq seperti bekalan makanan, air dan elektrik dipulihkan.

``Kami berharap Ketua Pentadbir Awam AS di Iraq, Paul Bremer mengambil tanggungjawab memulihkan keselamatan dan kestabilan undang-undang,'' katanya. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.