VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TENTERA

ARKIB : 13/12/2003

Anthony - Curah kepakaran ICT


Anthony bersama bapanya, Yeap Hock Eng yang merupakan bekas anggota tentera Udara Diraja Malaysia.


LAZIMNYA graduan bidang teknologi maklumat akan memilih untuk ditempatkan di dalam tiga kor Tentera Darat (TD) yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang tersebut. Kor-kor tersebut ialah Rejimen Semboyan Diraja, Kor Risik Diraja dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja.

Bagaimanapun, bagi Kapten Anthony Yeap Hock Chai, 26, beliau merasakan ketiga-tiga kor-kor tersebut sudah pun mempunyai banyak pakar-pakar teknologi maklumat.

Oleh itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer itu berpendapat sudah sampai masanya untuk beliau menyumbangkan kepakaran yang ada dengan memilih kor-kor lain dalam TD.

Meskipun, timbul sedikit keraguan di atas langkahnya itu, namun beliau percaya pada zaman teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) ini, biar di mana pun kita berada, semuanya akan memberi keutamaan kepada ICT.

Selepas dibuat kajian terperinci, lulusan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) itu, akhirnya, memilih Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) sebagai medan untuknya mengaplikasikan segala pengetahuan yang ada dalam bidang teknologi maklumat.

Dan kini, setelah empat tahun bertugas di KPD, anak sulung daripada tiga beradik itu boleh tersenyum kerana pilihannya itu tidak menjadi sia-sia.

Malah kata anak jati Kuala Lumpur itu, KPD sebenarnya mempunyai potensi besar dan menawarkan banyak ruang bagi seseorang graduan teknologi maklumat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari.

``Ada banyak benda berkaitan ICT sebenarnya boleh dilakukan di sini,'' katanya yang kini bertugas sebagai Ajutan di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (Pulmat), di Taiping, Perak.

``Bidang perkhidmatan mencakupi perkara yang luas. Ini termasuklah pengangkutan, sajian, hantaran udara dan bermacam lagi.

``Di bawah bidang pengangkutan sahaja kita boleh melakukan banyak perkara berkaitan teknologi. Peralatan seperti Vehicle Speed Monitoring dan Turbo Log yang dipasang pada kenderaan salah satu aspek teknologi yang boleh dibangunkan.

``Seperti kita tahu, KPD mempunyai bermacam-macam jenis kenderaan pengangkutan.

``Oleh itu, saya merasakan KPD merupakan salah satu kor yang boleh dibangunkan. Lagi pun, KPD bukan sebuah Kor Infantri,'' katanya lagi.

Mencerita lanjut, beliau berkata, antara tugas besar yang dilakukannya ialah menjadi pegawai yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal pemasangan dan pengoperasian sistem memandu berasaskan simulasi.

Sistem memandu simulasi itu merupakan satu kaedah latihan baru di Sekolah Memandu Pulmat yang sebelum ini lebih memberi tumpuan kepada latihan berbentuk statik.

Sistem sebanyak 18 unit itu telah ditempah daripada sebuah syarikat Korea Selatan.

Menurut Anthony, selain memantau pemasangan sistem simulasi itu, beliau turut terbabit dalam hal-hal lain seperti mencantumkan peralatan-peralatan lerai dengan rangka utama untuk mendirikan stesen simulasi memandu, pemasangan sistem komputer, perisian, perhubungan dan sistem rangkaian.

``Saya turut terlibat dalam pengujian sistem komputer dan perisian serta pengubahsuaian perisian mengikut keperluan Pulmat,'' katanya.

Menurutnya, semua tugas itu menambahkan lagi keseronokan bekerja kerana ia melibatkan ICT.

Selain itu, katanya, keputusan TD untuk melengkapkan sekolah memandu di Pulmat dengan sistem latihan memandu berasaskan simulasi itu membolehkannya memperluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam ICT.

Anthony menambah, keputusan Markas TD menjadikan pusat-pusat latihan termasuk Pulmat sebagai perintis dalam pelaksanaan program ICT membuka lebih banyak ruang untuknya menyumbang kemahiran yang ada.

Mengenai pembabitan dalam pasukan keselamatan pula, beliau berkata, semuanya berlaku secara kebetulan.

Tawaran menarik memasuki ATMA yang disiarkan oleh akhbar mendorong beliau untuk mencuba nasib.

``Saya berjaya dalam permohonan saya dan selepas itu semuanya menjadi sejarah,'' kata bekas pelajar Sekolah Menengah Victoria Institution, Kuala Lumpur itu.

Beliau juga tidak menolak, pemilihan itu turut didorong oleh ayahnya yang juga merupakan seorang bekas tentera.

Ayahnya, Yeap Hock Eng merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Markas Tentera Udara (MTU) dan pangkat terakhir sebelum bersara ialah Pegawai Waran.

Oleh itu katanya, yang pernah bertugas di Batalion 74, KPD Kem Sungai Besi, bidang ketenteraan bukanlah sesuatu yang asing baginya.

Mengenai jawatan hari ini, beliau berkata, ia merupakan satu penghormatan kepadanya selaku pegawai muda.

Menurutnya, ia turut membuktikan bahawa peluang sentiasa ada kepada sesiapa sahaja di dalam ATM, tidak kira dari kaum apa mereka datang.

``Ajutan merupakan satu jawatan berat dan penting. Ia melibatkan disiplin dan pentadbiran anggota. Pun begitu, sebagai seorang pegawai muda saya tetap diberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu,'' katanya.

Beliau menambah, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan tugas sekarang.

Menurutnya, ada banyak lagi perkara melibatkan ICT boleh dilaksanakan seperti dalam bidang penyimpanan senjata dan keselamatan.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan anggota dan pegawai-pegawai lain, meskipun masih baru dan juga berlainan keturunan.

``Apa yang penting ialah sifat saling hormat menghormati khususnya melibatkan orang yang lebih tua daripada kita.

``Dunia kerja di sini tidak banyak beza dengan dunia pekerjaan luar. Ada kerja dan ada beban kerja,'' katanya.

Bagaimanapun, Anthony sedar beliau masih baru dan perlu mempelajari lebih banyak perkara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.