ARKIB : 30/10/2003
Saham Astro catat premium RM1.05 sesaham
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Saham Astro All Asia Networks plc. (Astro), hari ini disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dengan meraih premium sebanyak RM1.05 sesaham.
Saham syarikat pengendali TV satelit itu pada mulanya dibuka pada RM4.70 sesaham berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak RM3.65 sesaham, tetapi melonjak sehingga RM5.00 sesaham tiga minit kemudiannya.
``Berdasarkan pencapaian yang amat positif ini, kami menjangkakan Astro akan menjadi antara 15 syarikat terbesar di BSKL,'' kata Pengerusinya, Datuk Badri Masri selepas majlis penyenaraian Astro ke BSKL di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ralph Marshall dan para ahli lembaga pengarah syarikat serta wakil penaja-penaja jamin Astro.
Badri berkata, hasil keseluruhan tawaran berjumlah RM2 bilion dengan terbitan saham sebanyak 508.4 juta akan digunakan untuk membayar hutang dan juga mengembangkan perniagaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ralph Marshall berkata, untuk memberi perkhidmatan terbaik, Astro akan menumpukan kepada rancangan berbahasa Melayu dan Cina sebagai tumpuan operasi syarikatnya dalam jangka masa akan datang.
Astro yang mula operasi sejak tahun 1996, kini mempunyai pelanggan seramai 260,000 orang dan 5.5 juta penonton.
Terbitan saham Astro baru-baru ini mencatatkan lebihan langganan 14 kali dan menjana RM2 bilion, sekali gus menjadikannya IPO terbesar di Malaysia.
Sejumlah 60.327 juta saham biasa ditawarkan kepada pelabur runcit yang menarik lebihan langganan 7.07 kali bernilai RM1.78 bilion. Harga akhir sesaham tawaran institusi ialah RM4.06.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









