VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/10/2003

Siti Nurhaliza menang Anugerah Muzik Indonesia

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin menambah satu lagi pencapaian apabila dia merangkul anugerah kategori Album Malaysia Terbaik dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) yang berlangsung di Jakarta semalam.

Siti Nurhaliza menerima hadiah berupa piala dan sijil penghargaan.

Anugerah itu merupakan anugerah peribadi yang ke-105 diterima oleh Siti Nurhaliza sejak menceburi bidang nyanyian tujuh tahun lalu.

Siti Nurhaliza memenangi anugerah itu berdasarkan pencapaian album terbarunya berjudul Emas yang telah terjual melebihi 300,000 unit di Indonesia sejak dipasarkan 3 Mac lalu.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu bagaimanapun tidak dapat menghadiri majlis anugerah tersebut kerana mengadakan persembahan di Pulau Langkawi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2003 (LIMA).

``Siti diberitahu oleh pihak syarikat rakaman Universal Music yang mengedarkan album Emas di sana,'' kata Siti Nurhaliza ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Pengurus Promosi syarikat rakaman SRC, Mohd. Bahanordin Deraman pula berkata: ``Ini adalah kemenangan kedua Siti Nurhaliza dalam AMI. Tiga tahun lalu, beliau menggondol anugerah Artis Luar Negara Paling Berhasil.''

Sebelum ini, Siti Nurhaliza turut menerima anugerah Pencapaian Budaya dalam anugerah The Outstanding Young Malaysian Awards 2003 yang diadakan di Sunway Lagoon Resorts, Petaling Jaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.