VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 03/10/2003

Keunikan bentuk batuan di Malaysia

Sehari Sebuah Buku
Judul: Rijang Beradiolaria: Perakam Sejarah Tabii Malaysia
Pengarang: Basir Jasin
Penerbit: Penerbit UKM
Harga: RM12
Pembentukan rijang beradiolaria di Malaysia bergantung kepada produktivitinya yang berkait rapat dengan kegiatan arus timbul lautan dan juga kegiatan gunung berapi yang membawa bahan nutrien dan bahan silika dari dasar lautan ke permukaan.

Radiolaria di Malaysia digunakan untuk membantu penafsiran usia, sekitaran pengendapan, sejarah pengendapan dan paleobiowilayah radiolaria.

Kewujudan radiolaria sangat bererti untuk membolehkan penentuan usia beberapa batuan bersilika yang terdapat di Malaysia.

Kewujudan radiolaria membuktikan batuan yang membentuk Semenanjung Malaysia ini berada dalam sekitaran laut sejak 430 juta tahun lalu dan terangkat menjadi daratan pada 200 juta tahun lampau. Sebahagian daripada Sarawak menjadi daratan pada 80 juta tahun dahulu. Di Sabah, rijang beradiolaria adalah batuan endapan yang tertua.

Sekutuan batuan rijang ini memberikan maklumat penting dalam membuat tafsiran sekitaran pengendapan radiolaria. Radiolaria yang terdapat dalam rijang di Malaysia menunjukkan sekitaran laut dalam di pinggir benua, pentas yang tidak stabil, sekitaran berdekatan arka pulau dan sekitaran lembangan pinggiran di mana berlakunya permuaian dasar lautan.

Radzuan Ghazali

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.