VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 10/09/2003

Set soalan PMR, SPMV - Kertas sumbangan terbaru di portal

CALON-CALON Peperiksaan kini boleh mencuba set soalan terbaru sumbangan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 1 dan Sekolah menengah Teknik Kajang di Portal Pendidikan Utusan.

SMK Putrajaya 1 di Presint 8, Putrajaya menyumbangkan tujuh set soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Geografi dan Sejarah.

Sekolah Menengah Teknik Kajang pula menyumbangkan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang meliputi Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2, Bahasa Inggeris Set 1, Kimia Kertas 1, 2 dan 3, Lukisan Kejuruteraan Set 1 dan 2, Lukisan Geometri, Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral, Sains Teras Kertas 1 dan 2 serta Sejarah.

Semua kertas soalan di segmen Bank Soalan dalam Portal Pendidikan Utusan adalah dalam Portable Document Format (PDF).

Sumbangan kertas soalan daripada sekolah-sekolah berkenaan dilakukan di bawah program Akhbar dalam Pendidikan (ADaP) untuk Bank Soalan.

Sementara itu, Perundingan Motivasi, Dr. Ismail Zain menasihati calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan 2003 supaya tidak ponteng kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing pada cuti pertengahan penggal ini.

Katanya, dengan menghadiri kelas tambahan, bermakna pelajar telah menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh guru di sekolah masing-masing.

``kelas-kelas tambahan pada saat-saat akhir ini dapat membantu calon memahami, mengingati fakta-fakta serta memberi keyakinan pada diri sendiri,'' katanya.

Tambahan pula, tambah beliau, inilah peluang untuk calon-calon berjumpa dengan guru untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa berinteraksi dengan guru semasa kelas tambahan, kata Ismail.

Antaranya ialah membuat semakan topikal, melakukan ulang kaji, membandingkan nota guru, nota sendiri serta nota daripada buku rujukan, ujar Ismail.

Mengenai kepentingan latih tubi, Ismail menegaskan bahawa calon perlu mengulang semula latihan-latihan yang diberikan semasa peperiksaan percubaan atau bulanan.

``Pastikan semua kesilapan yang dilakukan dahulu sudah dikenal pasti dan diselesaikan,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya calon-calon mencuba banyak latihan topikal dan kertas peperiksaan sebenar daripada beberapa sumber yang berwibawa sepertimana yang terdapat dalam Portal Pendidikan Utusan.

``Semak soalan-soalan percubaan yang digubal khas oleh pihak Portal Pendidikan Utusan,'' kata Ismail yang juga penasihat Portal Pendidikan Utusan.

Selain soalan-soalan yang digubal oleh guru-guru pakar, di dalam portal itu juga ada set soalan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Semua soalan tersebut boleh didapati dengan melayari www.tutor.com.my dengan mengklik pada butang Bank Soalan.

Calon-calon juga boleh mendapatkan set soalan peperiksaan percubaan terkini dengan mengikuti pendidikan Utusan Malaysia bersama akhbar Utusan Malaysia mulai Isnin hingga Jumaat.

Ismail turut menasihati calon-calon supaya menjaga kesihatan diri.

``Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.