VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 04/09/2003

Siti Nurhaliza - Melabur untuk masa depan adik

KEKAYAAN dan kesenangan yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza ketika ini bukan datang bergolek atau melayang. Sebaliknya, sebelum berjaya menikmati kehidupan mewah seperti sekarang, Siti perlu bekerja keras.

Kini, walaupun namanya tersenarai sebagai insan yang berjaya di persada seni, sebagai artis yang dibesarkan di kawasan kampung Kuala Lipis, Pahang, Siti tidak pernah lupa asal usulnya. Justeru, tidak hairanlah jika beliau sentiasa menghargai setiap ringgit yang diperolehinya.

Sejarah hidupnya yang pernah melalui kehidupan sukar menjadi faktor utama kepada penyanyi Cindai ini untuk beringat tentang masa depannya. Ingatan itu bukan hanya kepada diri sendiri, malah turut dikongsi bersama adiknya Siti Nursairah Tarudin, 20.

``Siti tahu betapa peritnya untuk mendapat wang. Pengalaman menjual kuih ketika sekolah rendah dulu menjadi panduan paling penting dalam hidup Siti. Justeru, Siti mahu adik Siti berusaha sendiri untuk mencari wang.

``Sebagai kakak, Siti hanya mendorong, selebihnya terserah kepada kebijaksanaannya. Siti mahu dia belajar mencari wang sendiri supaya dia tahu susah senang ke arah itu,'' katanya pada majlis pelancaran salon kecantikan milik adiknya, Shades Hair & Beauty Salon, Wisma Cosway, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, untuk memberi semangat kepada Nursairah, Siti tidak hanya bermodal kata-kata sebaliknya turut melabur sebanyak 20 peratus bersama kakak dan abang iparnya.

Penyanyi nombor satu negara ini mengakui sentiasa memberi sokongan kepada setiap usaha yang dilakukan oleh ahli keluarganya. Usaha sama keluarga ini lebih bermakna kerana setiap mereka mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Siti yang banyak menjadi model untuk beberapa jenama sebelum ini juga mendapat banyak tawaran daripada orang luar untuk menjadi rakan kongsi niaga. Bagaimanapun, setakat ini Siti terpaksa menolak kerana beliau tidak mahu melakukan sesuatu pekerjaan tanpa perbincangan.

``Memang dapat banyak tawaran untuk menjadi rakan kongsi niaga tetapi setakat ini hanya ada beberapa pihak saja yang menarik minat Siti. Segalanya masih di peringkat perbincangan kerana Siti tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa,'' tambahnya.

Siti yang turut mendapat pencalonan dalam empat kategori iaitu Vokal Wanita Pilihan, Album Etnik Pilihan (Sahmura), Lagu Pop Pilihan (Bukan Cinta Biasa) dan Klip Video Pilihan dalam Anugerah ERA 2003 mempunyai minat yang tinggi dalam perniagaan. Namun, kesibukan sebagai penyanyi menyebabkan Siti memberi laluan kepada Nursairah untuk melibatkan diri lebih awal.

Bagi Nursairah pula, usaha yang dilakukan itu adalah kerana minat yang mendalam dalam dunia kecantikan. Justeru, beliau berharap mendapat sokongan daripada masyarakat selain sokongan yang diberikan oleh keluarganya.

Nursairah juga merasa gembira kerana masih mendapat kerjasama yang padu daripada pemilik asal kedai tersebut yang dikenali sebagai Diana. Ini kerana Diana akan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang datang ke kedai itu sebelum bertukar tangan.

``Oleh kerana saya masih baru dalam bidang ini, perkhidmatan Diana masih diperlukan. Saya harap panduan yang diberikannya akan menambahkan pengalaman saya dalam perniagaan ini,'' katanya.

Shades Hair & Beauty Salon menawarkan perkhidmatan solekan, rawatan wajah, rambut, kuku dan sebagainya pada harga yang sederhana.

Nursairah yang sebelum ini dikatakan akan muncul dengan album sulung mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya terlebih dulu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.