VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 31/08/2003

Siti Nurhaliza terkenang Bahtera Merdeka


SITI bercita-cita merakamkan lagu-lagu berunsur patriotik.



Bonda senyum riang...
Menerima bahtera merdeka...
Putera puteri sayang...
Putera puteri sayang...
Sedang berjuang...


LEBIH sedekad yang lalu, pengalaman manis ketika mengalunkan lagu Bahtera Merdeka kembali menggamit memori penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza. Ketika itu, usianya cukup muda iaitu 12 tahun dan untuk menghayati kemerdekaan pada usia itu juga masih terlalu mentah buatnya.

``Seingat Siti, lagu itu membawa kemenangan kepada Siti ketika menyertai pertandingan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan di Kuala Lipis,'' ujar bintang ternama tanah air ini lagi.

Kini, sudah 12 tahun berlalu dan Siti semakin menyedari tanggungjawabnya mempertahankan kedaulatan negara semakin berat di bahunya.

Karier seninya dijadikan batu loncatan untuk menyatakan kepada umum bahawa tugas menyanyi bukan sekadar menghiburkan masyarakat. Jauh lebih besar, tanggungjawab dan kedudukannya sebagai artis menuntut beliau untuk berkongsi kebanggaan menjadi anak jati Malaysia dengan seluruh rakyat negara ini.

``Artis seperti Siti juga memikul amanah yang besar mengajak masyarakat Malaysia secara keseluruhannya menghayati makna kemerdekaan,'' ujar Siti yang menjadi penghias muka depan Pancaindera minggu ini.

Pada fotografi khas sempena hari kemerdekaan hari ini, Pancaindera sengaja memilih Siti untuk mengenakan persalinan yang bermotifkan bendera Malaysia yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Den Wahab.

Pakaian itu juga pastinya menyimpan kenangan buat Siti kerana pakaian itu juga pernah membaluti tubuhnya ketika mengadakan persembahan sempena mengingati Allahyarham Sudirman Haji Arshad di Istana Budaya setahun yang lalu.

Kata Siti, persalinan itu juga melambangkan cinta dan kasihnya kepada bumi bertuah Malaysia. ``Tidak pernah terfikir untuk berhijrah ke luar negara. Kasih dan cinta Siti pada bumi Malaysia sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,'' katanya seraya matanya bergenang mengenangkan betapa payahnya generasi terdahulu berperang dengan emosi untuk mendapatkan hak kedaulatan negara.

Menonton dan membaca laporan mengenai penderitaan rakyat di negara lain berdepan dengan kesengsaraan, bertarung nyawa dan bergelut untuk mendapat sesuap nasi, semua itu benar-benar menginsafkan jiwa mudanya.

Kemerdekaan juga ujarnya, banyak menyalurkan manfaat kepada kerjaya seninya. Bebas berkarya tanpa sekatan, kata Siti, antara faktor yang harus dihargai oleh golongan seniman tanah air.

``Taraf dan kedudukan artis tempatan berada di tahap yang tersendiri. Semua ini telah menjadikan industri hiburan disegani oleh segenap lapisan masyarakat,'' Siti memberikan pandangan yang cukup serius pada perbualannya.

Perkembangan luar biasa industri hiburan kebelakangan ini ujar gadis kelahiran Kampung Awah, Kuala Lipis ini memberi petanda bahawa masa depan dunia hiburan mampu untuk berkembang setanding dengan apa yang ditawarkan oleh bangsa asing.

``Penggiat seni tanah air memerlukan kekuatan minda untuk berdepan dengan cabaran masa depan. Siti sedar dalam hal ini, Siti sendiri tidak terkecuali.

``Setiap hari, Siti mengkaji kelemahan diri. Siti sentiasa ingatkan diri Siti agar sentiasa memerdekakan diri dengan merenungi cabaran masa depan. Siti tidak mahu lagi ketinggalan, sebaliknya, mahu menjadikan dunia seni sebagai platform untuk meningkatkan penguasaan Siti terhadap dunia muzik yang Siti ceburi,'' kata Siti yang begitu bersemangat membicarakan erti kemerdekaan.

Semalam, Siti bersama-sama dengan ribuan masyarakat ibu kota merayakan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-46 di KLCC.

Seperti lazimnya, setiap tahun semenjak bergelar artis kira-kira tujuh tahun lalu, Siti berpeluang menghayati erti kemerdekaan dengan melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! bersama-sama rakyat Malaysia.

``Meskipun menghiburkan rakyat pada malam hari kemerdekaan, namun di sebalik itu Siti sentiasa menanam azam dalam diri untuk mempertahankan bumi Malaysia.

``Pada masa depan, Siti bercita-cita untuk merakamkan lagu-lagu berunsur patriotik dengan pendekatan lebih segar dalam usaha untuk menarik generasi seangkatan Siti untuk menghayati kemerdekaan dari skop yang lebih luas,'' jelas Siti mengenai cita-citanya.

Sempena hari kemerdekaan yang disambut hari ini juga, Siti mengharapkan semua rakyat Malaysia akan terus menanam azam meneruskan kesinambungan kecemerlangan kehidupan penuh aman dan damai daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan sedia ada.

``Sayangkan negara kita. Di sini kita menikmati keselesaan dan kemakmuran dan janganlah kita sama sekali membinasakan usaha pemimpin yang kita sayangi,'' kata Siti mengakhiri bicara mengenai kemerdekaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.