VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 15/08/2003

Dua anggota polis maut dirempuh kereta di bahu jalan

BEGINILAH keadaan restoran yang dirempuh oleh sebuah kereta dan mengorbankan dua anggota polis di Jalan Tun Razak, Susur 4, Johor Bahru, awal pagi semalam. Gambar kecil, Allahyarham Koperal Marzuki (kiri) dan Allahyarham Konstabel Yusri. - Gambar NAZIR MOHAMED


JOHOR BAHRU 14 Ogos - Dua anggota polis yang menjamu selera di sebuah restoran di Susur 4, Jalan Tun Razak di sini terbunuh apabila sebuah kereta yang hilang kawalan merempuh mereka yang duduk di meja yang diletakkan di bahu jalan, awal pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 3 pagi itu turut mengakibatkan seorang pembantu kedai makan tersebut yang sedang mengambil pesanan daripada kedua-dua anggota polis itu cedera parah manakala pemandu kereta itu patah kaki.

Lans Koperal Marzuki Ridzuan, 48, dan Konstabel Yusri Yakob, 28, dari Balai Polis Larkin di sini, ketika kejadian baru saja hendak memesan makanan daripada pembantu kedai berkenaan, Ummi Hamidah Ramalan, 30-an.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Johor Bahru, Deputi Supritendan Abdul Halim Abdullah berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 10 pelanggan sedang menjamu selera di bahu jalan itu dan kedua-dua anggota polis itu sedang dalam tugasan.

``Sewaktu kedua-dua anggota polis itu memesan makanan, sebuah kereta Honda yang disyaki hilang kawalan terbabas dan merempuh sebuah kereta Proton Wira yang berada di kiri jalan.

``Kereta Honda itu kemudiannya merempuh pelanggan yang sedang menjamu selera di kafe berkenaan menyebabkan kedua-dua anggota polis itu tercampak sementara pembantu restoran itu tersepit di antara kereta dan dinding kedai,'' katanya.

Abdul Halim berkata, Marzuki yang cedera di kepala, patah kaki kiri dan kanan serta mengalami kecederaan dalaman yang serius meninggal dunia di tempat kejadian.

Yusri pula yang turut mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala telah dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dia meninggal dunia pada pukul 3.55 petang ini.

Seorang lagi mangsa, Ummi Hamidah kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri setelah mengalami kecederaan di kepala dan kaki manakala pemandu kereta Honda itu yang patah kaki, menerima rawatan di hospital yang sama.

Abdul Halim memberitahu ketika kejadian pemandu kereta itu yang bekerja di sebuah kilang dekat sini dalam perjalanan ke arah Skudai dan rekod polis menunjukkan pemandu itu mempunyai satu saman melibatkan kesalahan memandu dengan laju di Raub, Pahang.

Menurut beliau, pemandu berusia 28 tahun itu akan didakwa di mahkamah sebaik sahaja kecederaannya pulih.

``Dia akan didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2002 kerana menyebabkan kematian dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000,'' katanya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Marzuki telah dihantar pulang ke kampungnya di Parit Buntar, Perak, pada pukul 10 pagi ini dengan diiringi isterinya, Zaiton Nahar yang juga seorang anggota polis di bahagian komunikasi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Jenazah Yusri yang berasal dari Kedah, telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Mahmodiah di sini.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan kemalangan maut sejak awal tahun ini akibat tindakan pengusaha yang meletakkan meja makan di bahu jalan dan atas jalan raya.

Pada 25 Mei lalu, seorang wanita, Noor Suhaila Tajudin, 19, terbunuh setelah dirempuh oleh sebuah kereta ketika sedang menjamu selera di tepi jalan di Petaling Jaya.

Dalam kejadian itu, empat lagi rakannya mengalami cedera parah dan terpaksa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.