Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
MUKA HADAPAN

ARKIB : 26/07/2003
Bekas pramugara mengaku tidak bersalah hasilkan VCD lucah

Bekas pramugara mengaku tidak bersalah hasilkan VCD lucah

SHAH ALAM 25 Julai - Seorang bekas pramugara yang terlibat dalam cakera padat video (VCD) Kehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghasilkan sebuah VCD yang mengandungi adegan seks lucah bertujuan untuk diedarkan kepada umum.

Mohd. Rizal Mat Yusof, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di antara awal tahun 1999 dan Mei 2003 di No. 12, Jalan Sri Banang, Taman Sri Andalas, Klang, di sini.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin.

Mohd. Rizal yang tidak diwakili peguam juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan alternatif pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan di bawah seksyen yang sama itu, Mohd. Rizal didakwa telah membuat sebuah VCD yang mengandungi adegan seks lucah bagi tujuan untuk diedarkan kepada umum.

Noradidah menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu dan memberi peluang kepada Mohd. Rizal yang kini bekerja sebagai operator perunding sebuah syarikat telekomunikasi untuk melantik peguam.

Beliau membenarkan Mohd. Rizal diikat jamin RM8,500 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Kes itu menarik perhatian apabila VCD lucah bekas pramugara itu dilaporkan diedarkan secara meluas di Lembah Klang sejak April lalu. Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, VCD lucah itu yang mengambil masa kira-kira 40 minit menunjukkan empat krew kabin keluar dari dapur pesawat dipercayai dirakam pada awal 1999.

Adegan itu dirakamkan di sebuah bilik hotel di Narita, Tokyo, yang memaparkan seorang wanita yang masih berpakaian seragam MAS sedang melakukan seks oral ke atas pasangannya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN