VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 28/02/2003

Siti Nurhaliza - Hanya 14 jam untuk Tetap Di Sini

Oleh Khadijah Ibrahim
DALAM tempoh 14 jam, penyanyi Siti Nurhaliza perlu menyelesaikan penggambaran klip video untuk lagu Tetap Di Sini. Hanya masa itu yang dia ada. Beberapa jam sebelum itu Siti telah mengadakan persembahan Konsert Aman Malaysia di Bukit Jalil. Selepas penggambaran klip tersebut, dia harus bekejar ke destinasi lain. Begitulah sibuknya penyanyi yang muncul dengan album barunya, E.M.A.S.

Tetap Di Sini, lagu ciptaan Aiman dan lirik oleh Lan A 2 Z berdurasi empat minit 30 saat itu adalah sebahagian daripada promosi filem Paloh. Filem arahan Adman Salleh itu akan ditayangkan awal Jun ini.

Walaupun klip video tersebut disiarkan untuk promosi di saluran televisyen, jalan cerita yang ditampilkan dalam klip video tersebut seolah-olah sebahagian daripada cerita Paloh.

Klip video berbajet sekitar RM40,000 itu diarah oleh Sandosh Kesavan dari Janu Talkies.

Menurut Sandosh, klip video yang menjalani penggambaran sebanyak `36 take' itu akan menggunakan teknik 3D dan grafik.

``Teknik 3D dapat dilihat sewaktu Siti menulis surat sambil dihiasi pelita ayan. Apabila api tersebut padam, maka akan muncul kelip-kelip.

``Sementara grafik pula akan digunakan sewaktu Siti melepaskan botol yang mengandungi sepucuk surat ke dalam tasik,'' katanya ketika ditemui di lokasi penggambarannya di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Beliau yang sebelum ini pernah mengarah klip video lagu Permata dendangan Anuar Zain telah melakukan pra produksi selama sebulan sebelum ke lokasi mengarah klip video tersebut.

Tegasnya, klip video lagu tersebut bukan setakat menampilkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi, sebaliknya kehadiran Siti seolah-olah adalah sebahagian daripada jalan cerita Paloh.

Siti dalam klip video tersebut digambarkan sebagai sahabat kepada Fatimah yang berkawan dengan Siew Lan (Janet Khoo). Siti menerima surat daripada Fatimah yang menceritakan tentang kisah cinta terhalang Fatimah dengan Ahmad.

Jelasnya, visual yang digunakan memberi sokongan kepada jalan cerita klip video tersebut.

Selain teknik 3D, Sandosh juga menggunakan elemen air, api, angin dan tanah untuk menyokong kekuatan klip video tersebut.

Seiring dengan jalan cerita maka klip video tersebut banyak menggunakan peralatan dan pakaian pada era 40-an.

Bagi Siti Nurhaliza pula, ini bukanlah lagu tema filem pertama yang dirakamnya dalam bentuk klip video. Sebelum ini Siti terlibat dalam klip video lagu Untuk Selamanya dan Air Mata Ibu.

Kedua-dua lagu tersebut merupakan lagu tema untuk filem Laila Isabela arahan Rashid Sibir dan telefilem Air Mata Ibu yang diterbitkan oleh SRC.

Menurut Siti, beliau bersetuju untuk menyanyi lagu Tetap Di Sini kerana ingin menyokong usaha yang dilakukan oleh Finas dan Filem Negara yang menerbitkan filem Paloh.

``Filem yang berkisar tentang sejarah negara perlu diberi sokongan. Sebagai menunjukkan sokongan maka Siti sedia menyanyikan lagu tema filem tersebut,'' katanya yang tetap ceria walaupun kelihatan letih.

Menurut Siti, klip video yang bakal disiarkan di layar kaca itu sedikit sebanyak dapat mempromosi kerjaya seninya.

Ditanya tentang dunia lakonan, Siti berkata jika watak dan skrip yang diberi sesuai dengan dirinya, dia tidak akan menolak.

``Kalau boleh sebelum Siti berundur dari bidang seni, Siti teringin juga hendak berlakon dalam sebuah filem sebagai kenangan.

``Tetapi Siti belum tahu masa yang paling sesuai untuk berbuat begitu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.