VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 22/02/2003

Artis jelita - Jadi duta L'Oreal

Tiga jelitawan, Ziana Zain, Camelia dan Debbie Goh tertawan dengan koleksi Glam Shine.


Oleh Rahana MD
LAZIMNYA bagi seorang wanita, kecantikan yang sempurna diukur dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini kerana bukan wajah sahaja memerlukan belaian agar sentiasa tampil cerah berseri, tetapi tubuh juga menuntut perhatian supaya sentiasa kekal langsing dan menawan.

Namun, berat badan selalu dikaitkan dengan diet yang tidak seimbang atau putaran hayat wanita daripada muda remaja kepada kehamilan seterusnya menopause dan keturunan - antara faktor yang sering dikaitkan dengan selulit atau kesan kulit oren' di sekitar kulit yang mengeleber.

Turun naik berat badan akan menyebabkan kulit kehilangan keanjalan dan memberi kesan yang kurang baik.

Memahami masalah itu, L'Oreal - rangkaian kecantikan dan penjagaan tubuh memenuhi keinginan wanita yang menghargai tubuh dan wajah sebagai anugerah yang wajar dipelihara sebaik mungkin dengan memperkenalkan Perfectslim.

Produk terbaru ini terbukti mujarab sebagai anti kesan kedutan sehingga 85 peratus. Gelnya segar, tidak melekit pada tangan atau baju dan ditambah dengan keharuman hasil kombinasi pudina dan buah-buahan menjadikannya benar-benar istimewa.

Menyempurnakan penampilan, L'Oreal turut memperkenalkan Exfotonic yang bertindak menyingkir sel kulit mati.

Dalam tempoh putaran 28 hari, kulit baru akan tumbuh semula tetapi apabila tiba masanya, akibat sel kulit mati tidak disingkirkan ia menjadi kering dan tidak bermaya.

Sapuan Exfotonic dengan cara urutan lembut akan menanggalkan sel kulit mati dan hasilnya menyerlahkan kegebuan, kelembutan dan keremajaan kulit yang diimpikan.

Kulit amat sensitif, kering dan hilang keanjalan akibat perubahan masa, terdedah kepada pencemaran, cahaya matahari ataupun tekanan.

Untuk mendapatkan semula kulit impian, Nutrilift dirumus khusus sebagai anti kekeringan dan mengembalikan ketegangan dan kelembapan.

Akhir sekali untuk kesegaran yang berpanjangan, L'Oreal menampilkan semburan Hydrafresh yang mewah dengan haruman pudina dan buah-buahan yang lembut dan menenangkan. Ditambah dengan vitamin C, E dan B5 untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit dalam tempoh yang panjang.

Sempena pelancaran rangkaian kecantikan L'Oreal baru-baru ini, tiga selebriti jelitawan terkenal tanah air, Ziana Zain, Camelia dan Debbie Goh dilantik sebagai duta L'Oreal.

Majlis turut memperkenalkan koleksi gincu bibir Glam Shine khusus yang menggemari rangkaian kosmetik yang bersinar.

Terdapat enam koleksi nada klasik-kristal antaranya clear crystal, moon, sand, sun, rose dan gem crystal. Koleksi Glam Shine bukan sahaja bertindak sebagai gicu bibir tetapi juga sebagai sapuan bibir yang menyinar bagaikan berlian.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.