VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 07/02/2003

Gosip perceraian Sultan Brunei kecewakan Puteri Azemah

BANDAR SERI BEGAWAN 6 Feb. - Puteri Sultan Hassanal Bolkiah, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah hari ini menyuarakan kekecewaan beliau berikutan wujudnya cerita-cerita kurang manis yang menjadi bualan umum sejak Sultan Brunei menceraikan ibunya, Mariam Abdul Aziz Ahad lalu.

Puteri remaja Sultan Hassanal yang kecewa dengan cemuhan sesetengah rakyat di dalam laman web Brudirect.com itu turut menghubungi laman web tersebut untuk memberitahu bahawa komen-komen itu telah menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

Puteri Azemah, salah seorang daripada empat orang putera dan puteri Sultan Hassanal bersama Mariam berkata, beliau dan adik- beradiknya boleh menerima komen tetapi amat kecewa dan sedih dengan komen yang kejam dan tidak berhati perut.

``Komen yang tidak berperikemanusiaan itu telah merobek hati saya dan adik lelaki saya, Mateen kerana anda semua bercakap mengenai ibu bapa kami.

``Kisah perceraian itu merupakan satu perkara peribadi yang dimanipulasikan kerana anda semua merasakan bahawa anda tahu lebih banyak daripada apa yang kami tahu.

``Ia merupakan satu kempen pemusnahan yang begitu berjaya dan saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana mampu memberikan komen yang tidak berhati perut seperti itu,'' kata Puteri Azemah di dalam surat kepada laman web itu.

Sultan Hassanal 56, menceraikan Mariam, 48, dengan talak satu pada Ahad lalu dan melucutkan semua gelaran diraja yang disandang oleh Mariam sejak berkahwin pada tahun 1981 lalu.

Surat Puteri Azemah serta-merta mendapat maklum balas positif daripada orang ramai yang cuba memberi sokongan moral kepadanya.

``Saya ingin berkongsi kesedihan tuanku dan saya ingin memberitahu bahawa bukan semua rakyat Brunei kejam dan tidak berhati perut seperti mereka yang memberi komen tersebut.

``Saya adalah seorang daripada mereka yang betul-betul bersimpati. Tuanku dan adinda tuanku masih terlalu muda namun terpaksa menghadapi perkara ini dengan tabah kerana hidup masih perlu diteruskan,'' kata seorang penulis. - Brudirect.com

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.