Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
MUKA HADAPAN

ARKIB : 06/02/2003
Bunuh: Polis tahan suami Norhanani bantu siasatan

Bunuh: Polis tahan suami Norhanani bantu siasatan

Oleh: AZRAN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Polis menahan suami Norhanani Yahya, 30, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita itu yang dipercayai dibunuh di Semenyih, baru-baru ini.

Lelaki yang berusia 31 tahun itu, seorang peniaga, ditahan selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang, Deputi Supritendan Zainudin Ahmad berkata, lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk mendapat perintah tahanan reman esok.

Kehilangan Norhanani sejak 28 Januari lalu menimbulkan misteri apabila seorang lelaki menemui anaknya yang berusia tiga tahun di pinggir hutan berhampiran tempat longgokan sampah di Jalan Tekali, dekat Semenyih.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya minggu lalu menyiarkan mengenai penemuan kanak-kanak tersebut. Sehari selepas itu, dia dituntut oleh bapanya di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat. Dalam kenyataan bapa kanak-kanak itu kepada media kemudiannya, dia menyatakan rasa terkejut tentang `kehilangan' isterinya.

Semalam, polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Jalan Tekali ke Semenyih kira-kira dua kilometer dari tempat budak terbabit ditemui adalah mayat Norhanani.

Mayat yang ditemui di dalam gaung sedalam lima meter telah disahkan oleh suaminya dan adik Norhanani sendiri, Norhalimin di Hospital Kajang.

Sementara itu, Zainudin berkata, kes Norhanani tidak ada kena-mengena dengan penemuan satu lagi mayat reput di tepi Empangan Semenyih Ahad lalu, kira-kira tiga kilometer dari tempat Naim dijumpai.

``Polis menyiasat kes tersebut secara berasingan dan kita akan melihat segala kemungkinan yang ada,'' ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN