VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 04/02/2003

Sultan Brunei ceraikan isteri kedua

BANDAR SERI BEGAWAN 3 Feb. - Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah secara rasmi telah bercerai dengan isteri kedua baginda, Mariam Abdul Aziz.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh adinda baginda, Putera Sufri Bolkiah menerusi siaran Televisyen Brunei malam tadi.

Perceraian itu turut membawa kepada pelucutan gelaran `Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam' yang dipegang sejak 22 tahun lalu.

Menurut pengumuman itu lagi, Sultan Hassanal Bolkiah, 56, menceraikan Mariam dengan talak satu yang membolehkan mereka rujuk semula.

``Pada hari ini (Ahad), Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri keduanya, Mariam Abdul Aziz dengan talak satu.

``Perceraian itu menyebabkan semua gelaran yang dipegang oleh Mariam selama ini dilucutkan,'' kata Putera Sufri sewaktu muncul di televisyen.

Tiada alasan yang diberikan oleh pihak istana berhubung perceraian tersebut namun khabar angin mengatakan bahawa pasangan tersebut telah berpisah sejak beberapa bulan lalu.

Mariam, 46, merupakan bekas pramugari yang berkhidmat dengan Penerbangan Brunei selama enam tahun, sebelum berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 1981.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.

Sultan Hassanal Bolkiah yang mewarisi takhta di negara pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara, mempunyai 10 orang putera dan puteri. - AFP

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.