VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 03/02/2003

Kerajaan iktiraf sembilan kursus di 80 IPT Jepun

KERAJAAN kini mengiktiraf sembilan bidang kursus yang ditawarkan di lebih 80 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara Jepun. Sembilan kursus tersebut ialah kejuruteraan, perubatan, pergigian, farmasi, sains am, sains pertanian, sastera dan kemasyarakatan, arkitek laut serta perikanan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Hon Choon Kim berkata, kesemua IPT berkenaan menawarkan kira-kira 240 ijazah sarjana muda termasuk bacelor sains dan diploma dalam bidang masing-masing serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

``Masih ramai pelajar kita yang tidak menyedari terdapat sebilangan besar program pengajian yang ditawarkan di IPTA dan IPTS Jepun diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika memaklumkan senarai universiti Jepun yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Bekas Mahasiswa-Mahasiswa Jepun Malaysia (Jagam), Datuk Dr. Siow Kuang Ling dan Pengarah Perkhidmatan Penerangan Jepun (Setiausaha Pertama), Takako Ito.

Maklumat mengenai program yang diiktiraf dan sesuai untuk pilihan pelajar melanjutkan pengajian di IPT Jepun terkandung dalam Buku Panduan Senarai Kelayakan Bidang yang telah dikemas kini sehingga Oktober 2002.

Buku panduan berkenaan diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad.

Choon Kim memberitahu, sebahagian besar pengiktirafan ijazah sarjana muda adalah dalam bidang Sastera dan Kemasyarakatan iaitu di 78 buah universiti di Jepun diikuti bidang sains am (69); kejuruteraan (61); perubatan (10); pergigian dan farmasi, masing-masing tujuh, perikanan (empat) serta sains pertanian dan arkitek laut, masing-masing dua.

``Begitu pun terdapat juga Diploma Kejuruteraan yang ditawarkan di 25 buah kolej Jepun mendapat pengiktirafan setaraf dengan diploma bidang teknikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sementara itu, Kuang Ling berkata, kegagalan sebahagian besar pelajar yang belajar di IPT Jepun untuk mendapat pekerjaan di Malaysia adalah kerana kelayakan mereka tidak diiktiraf di negara ini.

``Kalau kerajaan tidak iktiraf kelayakan sesetengah IPT Jepun, sudah tentu pelajar kita sukar mendapat pekerjaan sejurus tamat pengajian.

``Hal sedemikian akan mendorong pelajar terbabit kembali atau berhijrah ke Jepun untuk mendapatkan pekerjaan dan secara tidak langsung menyebabkan `kerugian' sumber tenaga profesional kepada negara,'' katanya. Dalam perkembangan yang sama, Ito memberitahu, purata kemasukan pelajar Malaysia ke IPTA/S Jepun ialah antara 200 hingga 450 orang setahun.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan Jepun menawarkan biasiswa kepada 50 orang pelajar Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dan sarjana.

``Biasiswa ditawarkan secara terbuka berdasarkan `pertandingan' iaitu pelajar yang cemerlang layak menerima,'' ujar beliau.

Jagam ditubuhkan pada 1973 dengan objektif memberi panduan dan nasihat kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Jepun supaya kelayakan yang mereka peroleh kelak diiktiraf oleh kerajaan.

Jagam yang ketika ini mempunyai keahlian 1,000 orang sentiasa berusaha keras mendapatkan pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap bidang pengajian yang ditawarkan di IPTA/S Jepun dari semasa ke semasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.