VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 24/01/2003

Ketua polis mati ketika cuba tahan penagih

KLUANG 23 Jan. - Usaha gigih seorang anggota polis untuk membanteras gejala penyalahgunaan najis dadah di sebuah kawasan di Ulu Benut di sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia ketika cuba menghalang pengedar dadah yang ditahannya melepaskan diri.

Timbalan Ketua Polis Kluang, Deputi Supritendan Mohd. Zam Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang di Kampung Keremoyang apabila Sarjan Mejar Talib Nasir, 52, yang juga Ketua Polis Balai Simpang Renggam menahan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah.

``Lelaki itu yang digari bersama Talib meronta-ronta untuk melepaskan diri sehingga menyebabkan Talib sesak nafas.

``Talib kemudiannya jatuh sebelum dikejar ke Hospital Kluang oleh orang ramai untuk mendapat rawatan.

``Bagaimanapun Talib meninggal dunia ketika dalam perjalanan kerana dipercayai sakit jantung sementara lelaki berkenaan dapat melepaskan diri,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu Talib menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah berada di kawasan kejadian.

``Talib yang pergi seorang diri, terserempak dengan lelaki tersebut dan terus menahannya,'' kata beliau.

Menurut beliau, Allahyarham yang menyertai pasukan polis pada tahun 1969 dijangka bersara tiga tahun lagi.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis balai tersebut pada 1 Mac tahun lalu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lima anak dan tiga cucu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.