VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/11/2002

Pelbagai rancangan istimewa TV3 sempena Aidilfitri

STESEN TV3 menyediakan pilihan filem, komedi, dokumentari dan hiburan menarik sepanjang seminggu hari raya musim ini.

Filem-filem yang terpilih kali ini ialah Syukur 21 (malam raya), Seri Dewi Malam (hari raya pertama), Senario Lagi (raya pertama) dan Kabhi Kushi Kabhie Gham (raya kedua).

Telemovie yang menjadi pilihan TV3 kali ini Ke Pangkuan Ilahi yang akan ditayangkan pukul 2 petang hari raya kedua.

Ia mengisahkan pemuda Melayu Hisham yang berkahwin dengan gadis aristokrat, Anne di London semasa menuntut di sana. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga Anne.

Anne mengikut Hisham ke Malaysia namun dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu lalu meninggalkan Hisham dan dua anaknya.

Lima belas tahun kemudian Hisham menerima surat daripada Anne yang ingin menjenguknya dan anak-anak di Malaysia. Dia ingin pulang memohon maaf pada saat-saat akhir kerana menghidap barah.

Manakala, Boboy The Movie yang menampilkan kumpulan Boboy akan ditayangkan pada pukul 3 petang hari raya ketiga. Ia mengisahkan lima sahabat yang gigih menubuhkan kumpulan muzik.

Enot, Beraya La Pulak akan ditayangkan pada hari raya ketiga pukul 9 malam. Telemovie lakonan Allizah Abdullah, Shamsul Ghau Ghau, Sheila Rusly, Sharifah Shahora, Norlia Ghani dan Arash Mohd itu adalah lanjutan daripada drama Enot yang disiarkan tidak lama dulu.

Ia mengisahkan Onah yang telah berkahwin dengan Jonet. Enot pula bertunang dengan Saleh. Oni masih lagi berusaha mendapatkan cinta Saleh.

Pada pukul 11 pagi hari raya keempat, telemovie Hari Raya Datang Lagi akan menemui penonton. Ia mengisahkan tiga sahabat Rahim, Kamal dan Hassan yang tinggal serumah.

Setiap kali Syawal Kamal dan Hassan selalu bercerita dan membanggakan keluarganya. Sebenarnya keluarga mereka kucar-kacir dan mereka juga tidak pernah pulang berhari raya di kampung.

Pada pukul 2 petang akan disiarkan telemovie Fajar Syawal yang menampilkan kakitangan TV3 sebagai pelakon.

Lambaian Syawal lakonan Lydiawati, Rusdi Ramli, Norseha, Rozie Rashid, Zul Yahya dan Aznah Hamid akan ditayangkan pada hari raya kelima pukul 11 pagi.

Ia mengisahkan Pak Mahat dan Mak Yam yang mempunyai tiga anak lelaki iaitu Hashim, Rashid dan Saiful yang telah memiliki keluarga sendiri.

Hashim dan Rashid tidak bahagia dan isteri mereka menuduh Pak Mahat dan Mak Yam sebagai penyebab.

Rancangan hiburan khas terbitan TV3 kali ini menampilkan Siti Nurhaliza dengan rancangan Ole-Ole Siti Nurhaliza pada pukul 2 petang hari raya pertama.

Rancangan berbentuk konsert itu turut menjemput M.Nasir sebagai penyanyi undangan. Mereka berduet lagu Dua Insan.

Balik Raya yang akan ditayangkan pada pukul 11 malam hari raya pertama menampilkan Ajai, Nurul, Hetty Sarlene, Elly Mazlein, Ezad Exists menunjukkan bakat berlakon.

Turut sama dalam drama muzikal arahan Nas Ahmad itu, Emylia Rosnaida, Raja Azura, Zamarul Hisham dan AC Mizal.

Ia mengisahkan keluarga Pak Jai dan Mak Ooi yang mempunyai tiga anak iaitu AC, Hetty dan Elly. Pak Jai menganggap anak-anaknya sebagai kanak-kanak walaupun mereka telah remaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.