VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 04/11/2002

Kepentingan getah asli

Judul buku : Strategi Penyelidikan Kimia Getah Asli
Pengarang : Ibrahim Abdullah
Penerbit : Penerbit UKM
Harga : RM10.00
Halaman : 68

Industri getah asli mula bertapak di Malaysia dengan tibanya beberapa biji benih pertama ke negara ini dari Brazil melalui London, Sri Lanka dan Singapura dua abad yang lalu. Penanaman pokok getah secara komersial atau perladangan berkembang pesat sehingga menjadi suatu identiti yang penting negara.

Perancangan yang lengkap serta sokongan logistik dan penyelidikan yang tepat membantu dalam menjayakan industri ini. Tertubuhnya Pusat Penyelidikan Getah Asli Malaya pada tahun 1936 menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi oleh pihak yang terlibat terhadap penyelidikan dalam membantu industri ini.

Objektif utama penyelidikan ketika itu adalah untuk mendapat klon yang dapat menghasilkan lateks yang tinggi dalam masa yang singkat. Penyelidikan dari aspek penggunaan sebahagian besar berlaku di luar negara sehinggalah selepas kemerdekaan Malaya. Dari aspek kimia, hingga kini pelbagai bentuk getah asli telah dimodifikasikan bagi mendapat polimer dengan sifat dan ciri tertentu supaya sesuai digunakan dalam industri pembuatan.

Saingan yang kuat dari polimer sintesis menyebabkan sebahagian besar usaha penyelidikan getah difokuskan ke arah memperbaiki sifat getah asli supaya dapat menahan tekanan daripada polimer sintesis.

Polimer getah asli dan sintesis wajar dilihat sebagai bahan industri yang saling bertukar ganti dalam industri pembuatan. Ciri dan sifat yang saling menampung perlu dioptimumkan dalam sesuatu adunan atau campuran bahan baru bagi memenuhi spesifikasi keperluan pembuatan yang semakin pelbagai dan kompleks.

Buku ini menarik untuk dibaca oleh para penyelidik di institusi penyelidikan awam dan swasta yang terlibat dalam penyelidikan getah asli untuk mencari strategi yang lebih berkesan dalam melihat kepentingan dan peranannya kepada industri getah negara.

RADZUAN GHAZALI

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.